BEKAS Perdana Menteri menyoal dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahawa wujudnya pengundi hantu pada beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, sekiranya dakwaaan itu benar jadi dimana buktinya.

“Nak tanya berapa pengundi hantu dan tempat mengundi yang mengalami ‘blackout’ semasa PRU telah berjaya dikesan?

“Kalau tak dapat kesan puluhan ribu pengundi hantu atau berpuluh lokasi ‘blackout’ pun, takkan satu atau dua orang pengundi hantu dan lokasi ‘blackout’ pun tak dapat dicari?,” katanya dalam satu perkongsian Facebooknya hari ini.

Menurut beliau, beberapa pilihan raya umum (PRU) sebelum ini pernah terpalit dengan isu pengundi hantu sehingga wujud beberapa pihak menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pemilihan semula.

“Isu berkenaan berjaya meraih kepercayaan berjuta rakyat sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan termasuk insiden ‘blackout’ ketika undian sedang dikira,” katanya.

Selain itu, Najib turut mengatakan bahawa isu pengundi hantu dan ‘blackout’ hanya sekadar persepsi penyokong pembangkang ketika itu apabila kerajaan sekarang gagal membuktikan kewujudannya.

“Ini isu besar yang berjuta Rakyat Malaysia pernah percaya bulat-bulat.

“Hari ini, PH dah hampir 16 bulan memerintah.

“Sekarang PH dah lama ambil alih semua jentera kerajaan termasuk pihak polis, pihak kastam, pihak imigresen dan SPR,” ujarnya. – 27 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.