PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau pasar borong di Selayang.

Hasil pemantauan MCW bersama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mendapati berlaku rasuah dan salah guna kuasa yang serius di kawasan pasar borong tersebut sejak 20 tahun lepas.

Hal ini berikutan, kehadiran pendatang tanpa izin yang terlalu ramai yang tidak terkawal daripada pihak Imigresen sehingga membolehkan pendatang ini berniaga dan bekerja tanpa lesen serta permit.

Malah, ada di antara pendatang tanpa izin ini boleh menjadi tauke dan kebanyakan gerai yang beroperasi di situ tidak mempunyai lesen.

Kedatangan pendatang tanpa izin yang melebihi mengehadkan pihak DBKL, NAFAS, NEKMAT dan FAMA untuk mengawal pemilik lesen menyewakan tapak pasar di situ dengan harga yang tinggi terutamanya kepada pendatang asing.

Selain itu, berlaku juga masalah pelanggaran undang-undang di hadapan penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tanpa sebarang tindakan dilihat amat membimbangkan.

Terdapat juga kartel yang dilihat mengawal perniagaan di tapak pasar borong itu yang melibatkan hampir RM 5 hingga 10 juta sehari dan menjadikan kawasan itu sebagai lubuk rasuah yang mendatangkan hasil yang lumayan.

Perkara ini amat membimbangkan pihak MCW walaupun ada serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa yang dilakukan secara berkala nmun tetap juga masalah ini menjadi bertambah serius.

Persoalannya sampai bilakah masalah ini akan berlarutan dan dibiarkan terus-terusan berlaku?

Oleh itu, MCW mendesak pihak SPRM turun padang menyiasat perkara berkenaan bagi memastikan Malaysia terus BERSIH dari gejala rasuah walau dimana sekalipun. – 27 Ogos 2019

2 COMMENTS

  1. Sudah kena letak tentera di pasar borong selayang…..khidmat PBT sudah gagal terbukti belasan tahun di penuhi dengan rasuah dan musuh dalaman yang menggagalkan operasi.
    Maknanya ada Khadam kongsi gelap yang telah menguasai kawasan termasuk menguasai pengurusan pasar borong selayang.Cuma ada 3 pilihan sama ada meletakkan ANGGOTA PGA FRU ATAUPUN TENTERA.. kita seharusnya ada rasa malu kerana tidak mampu menangani sedangkan Negara ini bertuankan MELAYU.
    (Adakah Melayu tidak mampu menjaga negara sendiri..?????????????? Dan adakah Melayu memang sukakan amalan Rasuah….?????????? dan adakah Melayu memang dari jenis suka mengkianati tanah air sendiri……?????????).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.