KETUA Pemuda MCA menggelar Lim Guan Eng sebagai ‘Menteri Kewayangan’ kerana gagal mengurus tadbir kewangan negara dengan baik.

Menurut Nicole Wong, pinjaman yang dibuat oleh Guan Eng hanya akan menambah beban rakyat dan negara.

Nicola berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai pendapatan yang cukup sehingga mendesak kerajaan ini untuk bergantung harap pada bon.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh berharap kepada bon semata-mata dan perlu merangka cara lain untuk menambah pendapatan negara.

“Menurut penganalisis, bon ini bukanlah pinjaman (loan aid) daripada Jepun, sebaliknya kerajaan akan mengeluarkan bon (berhutang) yang akan dijamin oleh kerajaan Jepun.

“Mudah fahamnya ianya adalah sebuah hutang yang dimiliki oleh Malaysia namun dengan jaminan daripada kerajaan asing.

“Oleh itu, faktor ‘exposure’ kepada ‘exchange rate’ matawang Yen (¥) yang kita kena tempuhi bila kita buat pinjaman dalam matawang asing yang kukuh seperti ¥. Makin tinggi beza ‘exchange’, makin banyak yang kita kena bayar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Selain itu, Nicole turut merujuk kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini telah memberi gambaran bahawa kerajaan itu mungkin menerbitkan satu lagi Bon Samurai.

Di samping itu, kerajaan PH perlu sedar Bon Samurai adalah merupakan pinjaman dengan jaminan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) jadi apabila nilai bila Yen meningkat kos pembayaran semula akan meningkat.

“Kerajaan telah menerbitkan Bon Samurai pertama pada Mac lalu sebanyak RM7.3 bilion, had tempoh matang sepuluh tahun dengan kos keseluruhan kepada kerajaan Malaysia sebanyak 0.63% setahun.

“Kita kena ambil kira juga risiko ini sebelum membuat pinjaman, sebab ‘nyawa’ kita sekarang dipegang oleh Bank Of Japan di mana segala polisi yang dibuat seperti menaikkan kadar faedah (interest rate) atau apa-apa polisi yang ‘effect’ watawang Yen mempengaruhi jumlah pembayaran servis hutang Yen kita,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Nicole turut mengulas mengenai nilai Ringgit Malaysia (RM) yang semakin hari semakin merudum.

“Sebelum 509 (9 Mei) tahun 2018, PH mengeluarkan kata-kata emas “Najib turun, Ringgit naik.

“Tapi hari ini, ringgit susut melepasi paras RM4.20 berbanding dolar AS, iaitu 4.2065 terendah sejak 9 November 2017.

“Jelas PH sudah memfitnah Datuk Seri Najib masa itu…

“Sekali lagi ia dibongkar, ia bukan pertama kali dibongkar dan memang ada banyak kali lagi pada masa akan datang,” tegasnya. – 27 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.