SIKAP melampau Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy mula mendapat kritikan daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

“Beberapa pemimpin Amanah seperti Jamzuri Ardani, Ridzwan Abu Bakar dan Mohamad Saja, kini mula secara terbuka turut menghentam Dr P Ramasamy sama seperti yang dibuat oleh pemimpin BERSATU dan PAS,” dedah penganalisis politik, Dr Kamarul Yusoff dalam Facebook beliau.

Salah seorang pemimpinnya yang menggunakan nama Mohamad Saja pada Fecebook menyatakan;

Jangan sampai kerajaan Malaysia hantar kamu balik ke Sri Lanka atau lucut kerakyatan kamu sebagai mana pernah seorang Malaysia dilucut kerakyatan.

Lebih duduk diam dan buat kerja. Satu keburukan orang kita selak, 10 keburukan kita orang dedahkan. Tambah pula kita berada dalam negara rakyat majoriti menyokong orang yang kita selak.

Sementara itu, Jamzuri Ardani, Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, mengatakan bahawa P Ramasamy has crossed RED LINE.

Juga Ridzwan Abu Bakar, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Kedah mengatakan bahawa RAMASAMY seorang pengganas yang menyamar sebagai demokrat.

Walaupun mereka bukanlah pemimpin utama parti itu, namun keberanian mempertahankan agama dan bangsa wajar dipuji, khususnya dalam keadaan pemimpin utama diam membisu.

Dr Kamarul berasa teruja apabila sebahagian pemimpin Amanah ini mula berani bersuara dan isu yang ada kebersamaan.

“Marilah kita sama-sama ketepikan apa-apa perbezaan politik dalam perkara asas ini,” kata Kamarul lagi.

Ramasamy sebelum ini pernah disiasat kerana didakwa mempunyai hubungan dengan LTTE yang dikategorikan kumpulan pengganas oleh PBB.

Kini, selepas kerajaan DAP-PH berkuasa, Ramasamy semakin berani dan lantang mempertikaikan banyak perkara khususnya yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu dan dalam isu Dr Zakir Naik. – 27 Ogos 2019

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.