NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika beliau berada dalam kedudukan Syed Saddiq, beliau akan mempertahankan kenyataannya.

Kata-kata itu merujuk kepada kenyataan Syed Saddiq yang mengatakan “bodoh sombong” kepada Gabungan Seni Khat Action Team (SEKAT) dan Arun Dorasamy.

“Kalau saya jadi Syed Saddiq, saya tidak akan tarik balik (gelaran bodoh sombong).”

“Saya pun pernah didesak oleh DAP untuk tarik balik apabila saya guna perkataan jihad untuk tumbangkan kerajaan sekarang. DAP buat laporan polis dan desak saya. Saya tak tarik balik (kenyantaan tersebut).”

“Kalau (Syed Saddiq) tarik bermakna dia tidak yakin dengan pendirian sendiri,” katanya ketika ditemui.

Menurut Ismail tindakan SEKAT yang mencadangkan supaya pelajar India ponteng sekolah bagi membantah tulisan Jawi adalah suatu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab.

“Tulisan Jawi sepatutnya tidak menjadi isu sebab ia bertujuan memahami budaya orang Melayu.”

“Orang Melayu dan budaya Melayu adalah teras bagi negara ini.”

Tulisan Jawi adalah salah satu budaya dan teras orang Melayu. Lama sebelum adanya tulisan rumi, orang Melayu telah menggunakan tulisan jawi dalam pelbagai aspek termasuklah perniagaan, pendidikan dan hubungan antarabangsa.”

“Kerajaan Melaka dalam berhubungan dengan kerajaan China pun menggunakan tulisan Jawi. Begitu juga dalam hubungannya dengan ngara lain di seluruh dunia,” terang Ismail.

Menurutnya, pengenalan tulisan Jawi hanyalah tiga muka surat sahaja. Tidak membabitkan peperiksaan.

Bagi Ismail, tindakan kumpulan ini adalah sesuatu yang tidak wajar. Tidak pernah berlaku cadangan pelajar ponteng sekolah sebelum ini.

Katanya lagi, mereka sepatutnya menggalak anak-anak pergi sekolah.

Ismail juga mempersoalkan, berapa lamakah pelajar ini mahu ponteng. Kalau dasar ini diteruskan, maka pelajar India ini akan ponteng selama setahun.

“Tindakan mereka ini tidak bertanggungjawab kepada bangsa mereka sendiri,” kata Ismail lagi. – NTHQiBORD 27 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.