POLIS mengeluarkan surat perintah kepada Datuk Lokman Noor Adam untuk memberi kerjasama menyerahkan dokumen berkaitan laporan forensik video homoseks mirip Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Surat perintah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu dikeluarkan pada 26 Ogos 2019 mengikut Seksyen 51 Kanun Prosedur (Akta 593).

Lokman yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini memuatnaik satu laporan
bertajuk ‘Summary Report – Verden Forensics’ menerusi blognya pada 16 Ogos lalu.

Verden Forensics merupakan pakar analisa imej dan video yang beribu pejabat di Britain.

Pada tengah bulan ini, Lokman pergi ke Britain untuk mendapatkan pengesahan daripada pakar video di Verden Forensics dan mengumumkan keputusan analisa tersebut pada 16 Ogos yang mengesahkan video tersebut tulen dan tidak disunting.

Pada 20 Julai lalu, mendedahkan laporan forensik dari Indonesia bahawa keputusan siasatan mendapati pelaku dalam video itu adalah Mohamed Azmin dan pasanganya, Haziq Aziz.

Dakwanya, pakar-pakar yang menganalisis video itu merumuskan bahawa ia adalah sahih dan tiada elemen manipulasi atau disunting.

Malah beliau sendiri berkata akan menyerahkan laporan setebal 18 muka surat itu kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam tempoh terdekat.

Sehubungan itu, polis memerintahkan Lokman untuk menyerahkan dokmen berkaitan laporan itu bagi tujuan siasatan kes video homoseks itu yang sudah berlanjutan selama tiga bulan sejak awal Jun lalu.

Antara dokumen yang diminta adalah salinan surat permohonan analisa dan empat video yang dihantar kepada Verden Forensics.

Selain itu, Lokman perlu menyerahkan laporan yang disiarkan dalam blognya serta laporan penuh yang diperoleh daripada Verden Forensics berkaitan video yang dianalisis.

Polis memberi masa sehingga pukul 3 petang ini (27 Ogos 2019) untuk menyerahkan semua dokumen itu je Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Bukit Aman. – NTHQiBord, 27 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.