PADA 19 Ogos lalu, portal Sarawak Report melaporkan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir menerima 1,000 hektar kawasan pembalakan di Sarawak pada tahun 1994.

Portal itu juga mendedahkan, Mukhriz mendapat kontrak pembalakan ketika bapanya, Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4.

Namun, Mukhriz mendakwa beliau hanya membantu rakannya untuk mendapatkan tanah di Sarawak yang dianugerahkan pada sekitar tahun 1994.

Mukhriz juga menjelaskan beliau tidak mendapat manfaat yang besar daripada penganugerahan tanah berkenaan.

“Jadi saya bantu macam itu sajalah, tetapi saya tidak dapat manfaat yang besar daripada penganugerahan tanah itu, 1,000 ekar ke 1,000 hektar saya tak pasti,”

“Itu cerita lama, 1994. Saya pun sudah lupa. Saya membantu kawan, dia memohon (tanah), jadi dia meminta (saya) supaya terlibat sama,” katanya.

Namun katanya, bagi Sarawak, jumlah kawasan tanah yang dianugerah kepada syarikat berkenaan pada masa itu tidak begitu luas.

“Tapi bagi Sarawak biasa saja agakanyalah, bukan kawasan yang begitu luas.

“Terlampau lama dan saya pun dah tak teringat nama syarikat itu bila disebut, tapi saya tak terlibat dengan syarikat itu sudah sekian lama,” katanya. – NTHQiBord, 28 Ogos 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.