DALAM rakyat mengalami kos sara hidup yang tinggi dan menurunan ekonomi negara, Pakatan Harapan terus dengan berbelanja dengan mewah untuk Pegawai Eksekutif mereka.

Kadir Jasin, merupakan Penasihat Media Perdana Menteri dan juga MT Bersatu tidak mempunyai akses kepada Menteri Kewangan sehingga terpaksa bertanya melalui Facebook.

Bukan itu sahaja, Rais Yatim juga kecewa dengan gaji yang mewah untuk CEO Sime Darby dan luahkan perkara itu di dalam Twitter!

Tony Pua adalah orang yang bertanggungjawab menyusun lantikan di dalam GLC, beliau sepatutnya memberikan kenyataan dan jawapan kepada pertanyaan Kadir Jadin dan Rais Yatim.

Saya mengesa GLC di bawah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk berkongsi kesensaraan rakyat, GLC sepatutnya menunjukkan contoh bagaimana untuk membuahkan ekonomi yang mampan untuk rakyat berkongsi kesenangan.

Dengan gaji lebih suku juta sebulan adalah memang tidak masuk akal dan saya meminta SPRM juga untuk menyiasat SOP dan kemungkinan pecah amanah di dalam pelantikan CEO Sime Darby.

DATUK MOHD RAZLAN RAFII,
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.