MENTERI Agama Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa meminta pihak tertentu berhenti mempolitikkan dan mengambil kesempatan atas isu pendakwah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Pemimpin Parti AMANAH itu mahu isu itu dihentikan agar dapat menamatkan segala naratif lain yang mampu mencetuskan sentimen perkauman dan agama.

Tetapi pendakwah tempatan, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah hairan dengan sikap berdiam diri Mujahid ketika polemik dan kontroversi membabitkan isu tulisan jawi dihina oleh persatuan pendesak, Dong Zong serta musuh Islam yang lain.

“Yang lebih menghairankan kenapa mereka yang menghina jawi dan mahukan Zakir Naik di hantar segera di India, tidak pula dilabelkan atau disuruh hentikan kaitkan dengan nafatif perkauman dan sebagainya.

“Ingatan saya kepada pembesar yang masih terlalu defensif, kalau tidak mahu menjadi seorang mujahid, janganlah menjadi mujahat.

“Ibarat sindir anak pukul menantu, sebagai rakyat dan ahli akademik, apa mileage (kelebihan) politik yang kami dapat dengan mensensasikan isu ini.

“Bertaubatlah! Jangan sampai label mujahat akan kekal selama-lamanya setelah gagal kembali menjadi mujahid,” kata Ridhuan menurut laporan sebuah portal.

Ultra kiasu

Ridhuan juga kesal dengan kenyataan menteri itu yang mempersoalkan siapakah pihak sebenarnya mempolitikkan isu berkenaan, jika bukan puak ultra kiasu.

Katanya, kesalahan Zakir Naik tidaklah sebesar ultra kiasu yang sangat biadab mengatakan orang Melayu sebagai pendatang, Tanah Melayu adalah tanah Hindu dan tentera hanya kerja makan serta tidur.

“Kita sebagai umat Islam pula yang salah? Ultra kiasu betul? Hina sungguh kenyataan sebegini. Penegasan saya, isu Zakir Naik bukan isu politik, tetapi isu antara maruah kedaulatan Islam dan musuh Islam, terutama ultra kiasu.

“Isu Zakir Naik bukan sahaja dibincangkan oleh orang politik, malah seluruh rakyat marhaen tidak kira kedudukannya, termasuk ahli akademik dan mufti turut memberikan pandangan.

Demi pertahan Islam

Mengulas lanjut, Ridhuan Tee berkata, umat Islam di negara ini tiada langsung niat untuk membuat naratif perkauman, melainkan untuk mempertahankan maruah Islam daripada dikeji serta dihina.

“Tidakkah kita sedar bagaimana isu Zakir Naik terus dimainkan saban hari oleh musuh-musuh Islam tanpa henti, terutama dalam kalangan ultra kiasu di Pulau Pinang seperti Ramasamy.

“Kenapa tidak ditegur mereka? Seolah-olah mereka ini kebal. Begitu juga keceluparannya terhadap isu jawi.

“Kita pertahankan Zakir Naik dan jawi bukan kerana namanya, tetapi kerana isu ini berkait rapat dengan maruah kedaulatan dan keagungan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Kenapa kita tidak pernah mahu menegurkan dan melabelkan mereka? Keceluparan Zakir Naik masih boleh dimaafkan sebab beliau tidak sampai dua tahun tinggal di negara kita berbanding keceluparan musuh Islam serta ultra kiasu yang bergenerasi tinggal di sini, tetapi masih tidak faham sensitiviti penduduk asal,” tegasnya. – 28 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.