RAFIZI Ramli, antara pemimpin PKR yang lantang melakukan kempen menolak Barisan Nasional, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tahun lalu.

Namun sejurus kemenangan Pakatan Harapan menguasai Putrajaya, Naib Presiden PKR yang dikenali sebagai ‘Raja Formula’ ini semakin menyepi.

Beliau hanya memuat naik gambar percutian keluarganya ke New York serta aktiviti hariannya anak lelakinya.

Baru-baru ini, Rafizi bertindak ‘luar biasa’ kerana membuat hantaran di Facebook miliknya mengenai Najib Razak dengan memetik sumber Malaysiakini dengan menggunakan tajuk ‘Bila Punggung Najib Sakit’.

“Setelah hilang kerusi empuk di Putrajaya, kini bangku kayu di kandang tertuduh menyebabkan punggung Datuk Seri Najib diberitakan sakit,” tulisnya.

Rafizi juga membanding-bandingkan nasib yang menimpanya dahulu, dengan Najib ketika dibicarakan di mahkamah.

Dakwa nya, beliau dahulu ‘lebih banyak menderita’ kerana terpaksa memakai baju lokap berwarna ungu dan berkaki ayam berbanding Najib yang terima banyak keistimewaan.

Namun, Najib terdahulu membidas laporan Malaysiakini berkaitan punggungnya dan mendakwa laporan itu kurang tepat.

“Banyak maklumat penting diulas oleh dia (MalaysiaKini), tapi yang dibuat tajuk berita utama adalah punggung saya pulak!,” tulis Najib.

Sebaliknya, menurut Najib, Peguamnya hanya gusar mengenai kesihatannya kerana terpaksa duduk hingga 10 jam setiap hari di mahkamah, bukan hal punggung semata-mata.

Pengguna media sosial juga mengecam Rafizi dan menyifatkan Raja Formula itu ‘baru keluar dari gua.’

“Sebut punggung je laju je kau dan geng muncul. Tahu la minat benda tu,” sindir pemilik akaun Anwari Hamzah di hantaran Facebook Rafizi.

“Pasal punggung panjang ulasan, formula minyak, harga kereta apa cerita Rafizi?,” tulis Mohammad Fitri Salleh.

“Mengaji tinggi-tinggi, tak kan level punggung sahaja discussion nya? Harga minyak, hutang negara?” soal Naz Rio.

Bagaimana pun, walaupun Rafizi dikritik hebat, beliau masih berpendapat para pengkritiknya adalah penyokong PAS dan Umno, yang dibayar untuk menjadi cybertrooper dengan kadar bayaran 20 sen. – NTHQiBord, 28 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. Rafizi tu taunya ponggong sahaja. sebab dia sebahgian dari specis itu. muka tampal kulit nangka dia tu. kalau dia berkata2 satu pon tak boleh pakai

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.