PAKATAN Harapan (PH) sudah berhenti mendengar suara rakyat dan akan kalah pilihan raya jika diadakan sekarang, kata Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff.

Ahli Majlis Tertinggi BERSATU itu berkata, Pakatan sedang mengalami kegagalan dan melakukan perkara yang sama seperti yang pernah dilakukan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kerajaan perlu memberi fokus kepada isu mendesak seperti kos sara hidup, kualiti hidup, pembentukan pekerjaan dan pengangguran serta perumahan dan penjagaan kesihatan mampu milik.

“Memandangkan sentimen semasa jika kita ada pilihan raya esok. Pakatan baharu UMNO-PAS akan menang mudah.

“Kita perlu mula dengar (suara) rakyat. Sekarang kita buat apa yang pernah BN buat. Kita sedang gagal,” katanya yang juga merupakan bekas Ketua Biro Strategi dan Dasar BERSATU.

Rais Husin turut berpesan kepada rakan separtinya bahawa mempunyai kuasa sahaja tidak mencukupi kerana mustahak menangani isu yang penting untuk rakyat.

Tambahnya, pada masa sekarang, kerajaan tersilap meletak keutamaan kepada isu seperti kereta terbang, kereta nasional dan Go-Jek.

Kenyataannya itu merujuk kepada rakan separtinya iaitu Menteri Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mohd Redzuan bersungguh-sungguh mahu melaksanakan projek kereta terbang manakala Syed Saddiq kini sibuk mempromosikan satu lagi perkhidmatan e-hailing motosikal, Go-Jek. – 28 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. PPBM HARUS BUANG KELUAR SIFULAN INI SERTA MERTA…SEBAB PERTIKAI PRESIDEN PARTI DAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.,KESALAHAN TERAMAT BERAT SEBAB SATU MALAYSIA TAHU DAN MENJADI SENJATA “MUSUH POLITIK” UNTUK MEMBURUKKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.MERBAHAYA JIKA DI SIMPAN DI DALAM PARTI DAN BOLEH MEMBOCORKAN PERANCANGAN PARTI KEPADA UMNO.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.