MAHKAMAH Tinggi semalam menolak permohonan semakan kehakiman oleh Sisters In Islam (SIS) untuk mencabar keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), sebelum ini mengisytiharkan pertubuhan tersebut menyeleweng daripada ajaran Islam.

Fatwa Selangor juga memuktamadkan mana-mana individu serta kumpulan yang kononnya ‘berpegang dengan fahaman liberalisme dan pluralisme agama’ adalah ‘sesat’

Bagaimana pun Pengarah Eksekutif SIS, Rozana Isa berkata, pihaknya enggan berputus asa dan mahu membuat rayuan.

“Kami akan berbincang dengan peguam sama ada akan membuat rayuan atau membawa kes ini ke mahkamah syariah,” katanya.

Sisters in Islam, merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dianggotai sekumpulan wanita profesional, kononnya memperjuangkan hak-hak wanita dalam islam.

SIS mentafsir semula Qur’an dan hadis mengikut konteks budaya baharu yang membawa kepada ideologi sesat kepada orang Islam.

Pertubuhan ini juga mengetepikan pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang menjadi pegangan di negara ini. – – NTHQiBord, 28 Ogos 2019.

2 COMMENTS

  1. Why are we still allowing them to go on and so call fight the system. They should be treated just like all other Islamic deviants like Al-Arqam, Al-Maunnah, Kerajaan Langit etc… Just because they are championed by professionals and Marina Mahathir is one of them, they are treated differently!!! Double standard!!

    • Rightly so true. They should be curtailed before their cancer spread wide. A matter of time they will get support from the evil whisperers and financial to create more chaos in the community.
      Malaysian government Never learned from many bad experiences.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.