DALAM video ini, Laungan “Lim Guan Eng Penipu” jelas kedengaran dilaungkan ketika Himpunan Hijau anti Lynas.

Kita lihat dan dengar bagaimana lantangnya LGE berkempen hentam Lynas dan kerajaan BN di perhimpunan tersebut.

Namun selepas PRU14, Pakatan Harapan memenangi pilihan raya dan LGE dilantik Menteri Kewangan dan seorang lagi penentang kuat Lynas kini adalah Ahli Parlimen Bentong DAP iaitu Wong Tack nampaknya mereka tidak lagi lantang membantah Lynas.

Sekarang apa macam YB?

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun M berkata bahawa kilang nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) tidak boleh digesa untuk hentikan operasi serta keluar dari Malaysia.

Tun M juga berkata:

“Kita hantar pakar untuk menentukan sama ada ia berbahaya dan pakar sahkan ia tidak berbahaya”.

“Ini pelaburan yang besar, RM1.7 bilion, 700 peluang pekerjaan berkualiti dan berpendapatan tinggi.

“Ia penting kepada pelaburan kita. Jika kita layan Lynas seperti ‘paria’, dan suruh mereka meninggalkan negara ini, kita tidak akan dapat lagi orang melabur ke negara ini,” jawab Tun M ketika ditemui media selepas melancarkan Persidangan Pelancongan Sedunia 2019.

Berdasarkan keputusan kerajaan PH terhadap Lynas dan kenyataan terbaru Tun M, maka memang benarlah laungan “Lim Guan Eng Penipu” yang dilaungkan semasa Perhimpunan Hijau di dalam video. – 28 Ogos 2019.

ADNAN SEMAN,
Peguam.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.