TUN Mahathir Mohamad sudah dua kali menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam tempoh lebih 23 tahun secara keseluruhannya.

Dengan usia 94 tahun, Tun Mahathir masih terus mengerat kudrat untuk melakukan perkara yang terbaik buat negara.

Beliau sudah merasai zaman negara ini sebelum dan selepas merdeka.

Bagi Tun Mahathir, kemerdekaan amat penting bagi sesebuah negara kerana rakyat akan berpeluang memilih kerajaan mereka sendiri.

Situasi itu berbeza dengan zaman penjajahan yang mana Tun Mahathir katakan suara rakyat tiada langsung dalam pemerintahan.

Ini kerana semua perkara ditentukan oleh penjajah dan penjajah berusaha untuk kepentingan mereka dan bukan rakyat negara ini.

Dan kini apabila negara sudah mengecapi kemerdekaan selama 62 tahun, rakyat sendiri yang akhirnya mentadbir dan berusaha untuk memajukan negara.

Sebagai perdana menteri paling lama yang memerintah negara, pastinya banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh Tun Mahathir.

“Paling susah berkenaan negara kerana mempunyai rakyat berbilang kaum dan kita perlu berhati-hati apabila berkata sesuatu agar tidak kena sensitiviti kaum tertentu.

“Apa kita buat, apa kita kata, kena jaga sensitiviti semua kaum agar perasaan rasis tidak timbul.”

Itu yang diakui Tun Mahathir mengenai perkara paling susah ditangani dalam mentadbir negara. – 28 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.