PADA asalnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bercadang untuk mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya agensi antirasuah itu mahu mendakwa tiga individu lain yang dipercayai menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bagaimanapun segala pendakwaan itu berubah arah terhadap Najib sebagai sasaran tunggal selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kebenaran ini didedahkan pada sesi soal balas antara ketua peguambela, an Sri Muhammad Shafee Abdullah dan pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussain semasa perbicaraan kes SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Rosli pada awalnya mahu mendakwa bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), Datuk Shamsul Anwar Sulaiman dan pengarah kewangan, Datuk Abdul Aziz Ismail.

Kesemua mereka didakwa terlibat memindahkan wang keluar masuk dari pelbagai akaun bank termasuk akaun peribadi Najib di AmBank.

Shamsul Anwar muncul sebagai saksi penting bagi pihak pendakwaan manakala Abdul Aziz tidak pernah dipanggil sebagai saksi walaupun beliau pernah dicadangkan untuk didakwa oleh SPRM.

Nik Faisal pula gagal dikesan sejak melarikan diri dari negara pada 7 Mei 2018, dua hari sebelum hari pengundian PRU14.

Bagaimanapun susulan kejayaan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14 tahun lalu, semua kesalahan itu diletakkan di bahu Najib.

Dokumen bank yang ditunjukkan sebagai bukti di mahkamah menunjukkan RM27 juta dan RM5 juta dimasukkan ke akaun Najib pada 26 Disember 2014 manakala baki RM10 juta dipindahkan ke akaun Najib pada 10 Februari 2015.

Ahli Parlimen Pekan itu berdepan tujuh pertuduhan termasuk pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkaitan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Sepanjang 57 hari perbicaraan yang bermula pada 3 April lalu, lebih 700 bahan bukti dikemukakan kepada mahkamah antaranya minit mesyuarat dan dokumen perbankan.

Keputusan sama ada Najib akan dipanggil untuk membela diri atau dilepaskan daripada kesemua pertuduhan itu akan diketahui pada 11 November ini.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali selepas pihak pendakwaan menutup kes mereka hari ini.

Hakim Mohd. Nazlan juga menetapkan 22 dan 23 Oktober ini untuk pihak-pihak berhujah secara lisan. – NTHQiBord, 28 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. Betul tu, yg ini saya sokong.
    Tapi ketika itu thn 2015….Najib masih PM lagi & peguam negara & kp sprm dibawah cengkaman Najib.
    Segi moral pun tok jib ni memang wajib didakwa.
    Sbb mudah je…. budak tadika pun tahu.
    Masuk duit dlm akaun pribadi juta-juta RM, lepas tu berbelanja sakan.
    Kalau lah dia faham hukum-hakam islam berkenaan bukan hak diri, sepatutnya dia tanya pihak bank, kenapa duit banyak sangat masuk keakaun saya/tok jib.
    Tok jib ni bukan orang bodoh… Tok jib pm, orang yg paling cerdik ketika dia pm.
    Yg sedihnya penulis blok ini & peguambela sama2 menghalalkan perkara-perkara yg jelas salah disisi agama islam.
    TAK TAKUT AZAB NERAKA KE???

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.