DENGAN kelulusan akauntan yang diragui, prestasi Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan amat mengecewakan.

Ini adalah realiti kerana segala luahan kekecewaan disuarakan rakyat dalam semua platform terutamanya media sosial.

Salah titik perpuluhan, kekerapan membuat pusingan, kerap membuat pinjaman dan meniru dasar kerajaan lama antara faktor yang menambah rasa meluat rakyat terhadap pemimpin DAP itu.

Itu belum kira lagi soal kredibiliti dan integritinya kerana terlepas ‘dengan mudah’ dari kes rasuah banglo dan terowong dasar laut.

Paling besar ‘dosanya’ adalah slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ yang dipopularkan Guan Eng sebelum Pakatan Harapan jadi kerajaan.

Lihat sahaja apa sudah jadi pada nilai ringgit hari ini. Masih belum naik walaupun Datuk Seri Najib Razak sudah turun.

Maka rentetan kegagalan itu, Datuk Seri Shahidan Kassim tampil dengan cadangan agar bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin segera mengambil alih jawatan Menteri Kewangan bagi menggantikan Guan Eng.

Hujah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis itu mudah.

Guan Eng gagal menjalankan tugas dengan baik sehingga menyebabkan kelembapan ekonomi negara.

Malah Shahidan yakin Daim mampu memulihkan kembali keadaan ekonomi di negara ini berdasarkan pengalaman luasnya di dalam bidang berkenaan.

“Menteri Kewangan sekarang tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik, pasaran saham jatuh, nilai ringgit jatuh, malah Guan Eng juga sering mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak menguntungkan pasaran saham.

“Beliau (Guan Eng) melihat musuh-musuh politiknya adalah musuhnya dan diulang banyak kali sehingga menakutkan para pelabur.

“Kami cadangkan agar Daim mengambil alih jawatan Menteri Kewangan dan saya percaya beliau boleh lakukan yang terbaik untuk negara.

“Daim seorang yang kurang bercakap tetapi banyak buat kerja dan mampu kembali menggerakkan kembali ekonomi negara,” kata Shahidan.

Ada bernasnya cadangan Shahidan itu kerana Tun Daim bukan calang-calang pemimpin.

Tun Daim ada pengalaman sebagai bekas menteri kewangan dan merupakan ahli perniagaan yang berjaya.

Tambahan lagi, kedudukan Tun Daim sebagai ahli majlis penasihat kerajaan negara boleh membuka ruang kepadanya untuk menggantikan Guan Eng dengan pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi.

Beliau juga berani mengkritik pemimpin yang kurang efisien termasuk Guan Eng sendiri demi memastikan setiap tingkah laku menteri tidak menjejaskan ekonomi negara.

Jadi masih belum terlambat untuk betul-betul pulihkan ekonomi negara dengan meletakkan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan menggantikan Guan Eng. Setuju? – NTHQiBord, 28 Ogos 2019.

4 COMMENTS

  1. Sebelum penulis mencadang kan perkara ini, saya pernah bertanya kepada Tun Daim secara lansung, apakah Tun akan menceburkan diri balik dalam politik.
    Tun jawab, cukuplah bagilah peluang pada yang lain.
    Jadi tak perlulah penulis selalu “membatu apikan” pemimpin pakatan harapan.
    Sebagai penasihat ekonomi kerajaan Malaysia, Tun lebih berperanan aktif utk semua jabatan kerajaan.
    Itu juga adalah salah satu tugas yg penting.

  2. Saya sokong dgn pandangan penulis itu..apa yg telah disuarakan penulis adalah pandangan semua rakyat malaysia, sabah dan srwak…seharusnya DLGE dgn rela hati untuk mngundur diri dri jwtan mnteri kewangan….jgnlah sampai rakyat mngeluarkan pandangan yg bukan2 terhadap beliau supaya meletak jwtan…DLGE seharusnya sedar kemampuan diri untuk mnjawat jawatan sebagai mnteri kewangan..tapi prestasi GLGE sehingga kini adalah amat teruk dri segi pandangan kami sebagai rakyat …

  3. Ada bagus nya LGN letak jawatan nya jadi menteri kewangan masih reput dan tak layak ekonomi menurun hutang makin bertambah lagi lama lagi parah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.