TINDAKAN disiplin bukan bermaksud mahu menghalang ahli parti bersuara.

Itu penjelasan Tun Mahathir Mohamad tentang kenyataan seorang ahli BERSATU memberi bayangan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan kalah jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Sebaliknya, Tun Mahathir menjelaskan bahawa sebarang pendapat boleh disuarakan asal tidak merosakkan imej parti.

“Beri ulasan boleh tetapi jangan kata parti ini akan kalah. Itu merosakkan imej parti,” katanya.

Semalam, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff yang merupakan ahli Bersatu memberi amaran kepada PH yang menurutnya tidak lagi mendengar suara rakyat dan boleh menyebabkan kekalahan dalam melawan Umno-PAS jika PRU diadakan dalam masa terdekat.

Disebabkan itu, BERSATU tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan terhadap ahli partinya yang mengeluarkan menjurus kepada merosakkan imej parti.

Tun Mahathir juga meminta mereka yang pegang jawatan agar berhati keluarkan kenyataan supaya tidak dikenakan tindakan jika didapati merosakkan imej parti.

“Kita akan adakan penyelidikan dan kemukakan kepada majlis disiplin, kemudian buat laporan kepada majlis tertinggi untuk diambil tindakan seperti yang dicadangkan,” katanya. – 29 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.