KONTROVERSI berkaitan projek terowong Pulau Pinang terus-menerus menjadi persoalan awam. Pendedahan demi pendedahan dilakukan sehingga kerajaan DAP Pulau Pinang terpaksa menangkis dengan pelbagai alasan.

Antara kontroversi tersebut ialah berkenaan harga tanah yang mendadak naik setiap kali projek tergendala, seperti yang didedahkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.

“Awal tahun lepas, saya pernah mendedahkan mengenai nilai tanah yang diberi oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai bayaran untuk projek terowong adalah sebanyak RM1,300 satu kaki persegi.”

“Saya juga menjelaskan bahawa nilai tanah yang terletak ditepi pantai Lebuh Gurney adalah antara paling mahal di Pulau Pinang dan nilai ini semakin meningkat.”

“Ini bermakna setiap kali projek terowong tergendala, syarikat konsesi terowong akan mendapat manfaat manakala kos sebenar projek untuk rakyat Pulau Pinang sedang dan akan menjadi jauh lebih mahal berbanding kos RM6.3 bilion yang diberi oleh kerajaan negeri,” katanya.

Menurut Wee, Pada masa itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy menafikan pendedahan yang dibuat. Ramasamy memberitahu harga tanah tersebut hanya bernilai RM475 satu kaki persegi – bukan RM1,300.

Wee berkata, beliau mencabar Ramasamy supaya menjual tanah di lokasi itu kepadanya dengan harga RM475 satu kaki persegi, tetapi cabaran itu tidak dijawab.

Dedah Wee, portal media The Edge melaporkan bahawa Maybank sedang menolong syarikat konsesi terowong itu untuk menjual sebahagian tanah yang diterima oleh syarikat konsesi sebagai bayaran projek terowong dengan harga RM2.83 bilion atau RM1,300 satu kaki persegi.

“Akhirnya terbukti bahawa saya betul dan P. Ramasamy telah berbohong.”

“Saya fikir P. Ramasamy tidak akan membalas kenyataan ini kerana dia pernah membalas bahawa dia hanya akan menjawab di mahkamah apabila beliau dan boss-boss dia dinamakan di dalam kertas siasatan SPRM sebagai antara pihak yang menerima bayaran dari syarikat konsesi terowong itu,” kata Wee.

Di sebalik semua itu, Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam menyatakan beberapa persoalan timbul berkenaan terowong tersebut.

1. Kenapa syarikat terowong itu tidak pernah dikenakan apa-apa denda atau kontrak mereka dibatalkan oleh kerajaan Pulau Pinang walaupun projek ini telah lewat bertahun-tahun?

2. Dengan pendedahan The Edge yang membuktikan saya betul tentang nilai sebenar tanah itu, adakah ini bermakna kos sebenar projek terowong ini untuk rakyat benar-benar mencecah RM20 bilion seperti kiraan saya awal tahun lepas?

3. Kenapa Pejabat Peguam Negara masih belum mengambil tindakan terhadap enam kertas siasatan kes terowong yang telah dikemukakan sejak awal tahun lepas seperti yang dijelaskan oleh pihak SPRM pada bulan Mac 2019 lalu?

4. Adakah seluruh barisan pemimpin DAP akan terus membisu tentang skandal ini yang semakin hari semakin jelas?

Kesemua persoalan diatas tidak akan terjawab selagi kerajaan DAP-PH menjadi kerajaan pusat. Tunggulah kerajaan pusat yang baharu selepas PRU15. – 29 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.