FGV Holdings Bhd bagaikan tiada sinar dan harapan selepas di ambil alih oleh kerajaan baharu, Pakatan Harapan.

FGV menyaksikan kerugian bersihnya meningkat kepada RM52.2 juta pada suku kewangan kedua berakhir 30 Jun 2019 daripada RM23.43 juta suku sama tahun sebelumnya.

Kerugian itu dikaitkan dengan harga minyak sawit mentah yang rendah dan juga kerugian dalam sektor gula.

Kesan awal pelan transformasi oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali menyaksikan pendapatan dalam suku dikaji menyusut 4.6 peratus kepada RM3.28 bilion berbanding RM3.44 bilion.

Sementara itu FGV masih berusaha mendapatkan rakan strategik terbaik untuk unit perniagaan gulanya, MSM Malaysia Holdings Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya, Datuk Haris Fadzilah Hasan, berkata FGV yang menguasai 51 peratus saham dalam MSM, memerlukan lebih masa untuk mempertimbangkan cadangan yang baik.

Dilaporkan sebelum ini bahawa syarikat perladangan itu mengadakan perbincangan dengan empat syarikat untuk menjual sebahagian sahamnya dalam MSM.

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak melalui hantaran Facebooknya berkata, FGV tak pernah rugi sebelum ini sejak disenaraikan pada tahun 2012.

“Walaupun harga sawit jatuh dan fenomena El-Nino melanda selepas disenaraikan, FGV tetap tak rugi,” tulisnya

Pada tahun 2017, FGV mula pulih apabila keuntungan hampir berganda kepada RM400 juta.

“Saya harap kerajaan PH dan Teresa Kok akan membantu FGV dan FELDA memulihkan dan meningkatkan penjualan mereka,”

“Jagalah sikit FELDA dan peneroka, jangan hanya tahu panggil mereka tanam buluh sahaja,” sindir Najib. – NTHQiBord, 29 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.