AHLI Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mokhtar Senik mengingatkan semua pihak agar berhati-hati dengan tali barut yang berwajah Melayu tapi berhati perut DAP.

“Berhati-hati dengan tali barut yang berwajah Melayu tapi berhati perut DAP.”

“Tidak kira ia orang biasa atau ulama bertaraf antarabangsa. Tidak kira ia orang tidak terkenal atau profesional. Keturunan tok guru atau tok guru. Siapa sahaja yang mendokong agenda DAP adalah musuh politik kita,” katanya dalam Facebook.

Ingatan Mokhtar ini hakikatnya bukan sahaja kepada Melayu bahkan kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Sejak kerajaan baharu yang dikuasai DAP memerintah, keharmonian antara kaum mula diusik dan dicemari, agama dihina dan kontrak sosial yang dipersetujui sejak merdeka cuba dicabar.

Namun, Mokhtar berkata cubaan DAP memecahbelahkan rakyat Malaysia itu boleh dihalang melalui tiga perkara pokok.

“DAP hanya dapat dihalang dengan kita suburkan rasa cinta rakyat kepada Islam, bangsa dan negara.”

“Jika rasa cinta kepada Islam, bangsa dan negara telah pudar, maka amat mudah umat ini menjadi bahan ratahan DAP.”

“Tiga benteng utama ini wajib dijaga dengan rapi,” katanya lagi.

Jika mana-mana Melayu Islam cintakan agamanya, pasti mereka tidak akan tunduk dengan kehendak DAP. Tetapi jika mereka lebih cintakan jawatan, mereka akan akur sahaja dengan kehendak DAP.

Begitu juga dengan penganut agama lain, jika mereka cintakan agama mereka sudah pasti tidak terpengaruh dengan adu domba DAP.

Jika cintakan bangsa dan negara, sudah pasti tidak ada yang sanggup menghina tentera kita yang juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Begitu juga tidak ada yang tergamak menghitamkan warna bendera jika ada perasaan cintakan kepada tanah tumpah darah ini.

Oleh itu, rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian wajar menjaga tiga benteng utama ini. – 29 Ogos 2019

1 COMMENT

  1. Menurut Azlan, Angkatan Edaran diisytiharkan muflis bukan disebabkan kerugian yang ditanggung, sebaliknya berpunca daripada kegagalan membayar denda atas perintah mahkamah bersabit satu kes saman.

    Kata Azlan lagi, kali terakhir pihaknya mengadakan perbincangan dengan Harakah ialah sekitar 2017.

    Selepas muflis, kata Azlan, Harakah sebenarnya masih terus dicetak di satu lagi syarikat yang ada kaitan dengan Angkatan Edaran.

    “Tetapi kemudian pengurusan Harakah menghantar surat memaklumkan mereka memilih syarikat lain untuk mencetak akhbar berkenaan,” katanya

    Harakah mencetak akhbarnya ke bangsa yg sama dg LGE dap tu…. apa cite.
    (sesuai lah pepatah, mulut bercakap berdentum dentam tapi bontot penuh taik)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.