DALAM Malaysia baharu, di bawah kerajaan DAP-PH, pertukaran enakmen yang berkaitan agama Islam negeri perlu dibawa ke peringkat pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Perkara ini berlaku di Selangor apabila Menteri Besar, Amirudin Shari mengakui membuat permohonan untuk berbincang di peringkat pimpinan tertinggi PH berhubung isu enakmen pertukaran agama negeri tu.

Menurut Amirudin, ini bertujuan mencari konsensus terbaik bagi membolehkan kerajaan negeri membuat rancangan mengenai enakmen itu pada masa akan datang.

“Ia enakmen pentadbrian agama Islam. Saya melaporkan apa yang berlaku dan beberapa perkembangan melibatkan enakmen tersebut. Saya belum pernah melaporkannya secara rasmi,” katanya.

Sebelum itu, biro politik PKR menyarankan supaya Amirudin memberi taklimat penuh cadangan enakmen tukar agama anak kepada Majlis Presiden PH Jumaat ini, susulan bantahan parti komponen gabungan itu.

Pada awal Ogos lalu Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Sue Lim bertindak memendekkan sidang Dun bagi menghalang usul pindaan enakmen yang berkaitan agam Islam.

DAP Selangor kenudiannya menegaskan tidak akan menyokong sebarang rang undang-undang yang membenarkan penukaran agama anak secara sebelah pihak oleh ibu atau bapa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor .

Amirudin berkata usul berkenaan masih perlu dibincangkan bersama rakan-rakan komponen PH, dan mungkin akan dibawa pada sesi sidang DUN akan datang jika ada kepentingan.

Apa yang berlaku dalam Dewan Negeri Selangor itu menjadi cerminan keseluruhan nasib agama Islam jika DAP memegang kunci kuasa.

Bahkan, bukan sahaja hal agama, bahasa kebangsaan, intitusi raja, hak istimewa orang Melayu dan keharmonian kaum akan terkubur sekali jika dibiarkan bangsa DAP kekal memerintah. – 29 Ogos 2019

1 COMMENT

  1. Penulis ini ingat kan negara ini, negara islam.
    Trengganu & kelantan yg dipimpin oleh parti yg berteraskan islam pun sampai saat ini tak dapat menjalankan undang2 berdasarkan islam.
    Sebagai seorang islam saya juga mahu undang2 islam digunapakai dalam negara ini.
    Apalagi dgn banyaknya kes-kes jenayah yg melibatkan kepimpinan tertinggi umno.
    Jadi kalaulah….. undang2 hudud dapat dilaksanakan segera…..Alhamdulillah pelaksanaan potong tangan yg mungkin boleh disabitkan dgn kesalahan rasuah, akan menjadi lambang & ingatan anak2 cucu2 generasi akan datang.
    Oleh sbb itu, kalau nak jadi penulis yg mahu dihargai orang, jadilah penulis yg berani kerana benar & tidak berpihak pada mana2 pemimpin.
    Barulah slogan tu dihargai
    BERANI…. BENAR…. BEBAS.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.