MASA untuk menanti detik 14 Sep 2019 yang bersejarah tinggal 15 hari lagi. Persiapan sedang rancak berjalan.

Saat kritikal seperti ini berbagai-bagai keadaan akan berlaku. Serangan daripada pihak DAP-PH sedang bermain di media sosial untuk menggagalkan usaha kerjasama ini.

Nampaknya serangan masih tidak mampu merobohkan benteng kerjasama ini.

Kedua-dua pihak terus mara ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Demi Islam, negara dan ummah, kita melupakan segalanya. Berani menongkah arus.

Ahli di peringkat bawah tidak sabar menanti detik bersejarah. Persiapan mental dan fizikal untuk memeriahkan program ini. Manakala di peringkat akar umbi program rancak berjalan.

Setiap malam program sepentas terus berjalan untuk mengukuhkan kefahaman di peringkat akar umbi.

Mereka yang benci kepada kerjasama ini cuba mengungkit kisah lama supaya pengikut kedua-dua parti memprotes. Setakat hari ini masih gagal.

Malahan ahli yang dahulunya meragui dan sangsi, tidak sabar menunggu tarikh 14 September 2019.

Apa yang menarik, ada beberapa orang aktivis profesional, dahulunya marah kepada PAS di dalam PRU 14 telah kembali menyokong PAS dan minta mengisi borang PAS setelah keluar daripada PAS. Alhamdulillah.

Jangan lupa janji kita, 13-14 Sep 2019 di PWTC. – 29 Ogos 2019

IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.