HAIRAN sungguh mengapa sukar sekali untuk seseorang individu mengakui kaitannya dengan pengganas LTTE bila rekod kata-katanya sendiri, selain gambar-gambarnya yang sudah sedia terdedah, menunjukkan perkara ini adalah benar.

Terpulanglah kepada pembaca untuk meletakkan penutur kata-kata ini di dalam kategori mana, sama ada pengganaskah, penyokong kuat pengganaskah ataukah sekadar pendamai seperti didakwa:

1.“Saya suka kemukakan satu rayuan segera kepada orang-orang Tamil di seluruh dunia bahawa kita tidak harus melepaskan peluang bersejarah sekarang untuk mengemukakan kes sebuah Tamil Eelam merdeka. Sementara kita izinkan LTTE untuk mengetuai perjuangan ketenteraan, marilah kita bantu mereka dengan memberi sokongan moral dan intelektual untuk penubuhan Tamil Eelam.”

(Ayat asal: “I would like to forward an urgent appeal to Tamils all over the world that we should not miss the present historic opportunity to present the case of an independent Tamil Eelam. While we allow the LTTE to spearhead the military struggle, let us give them a help hand by providing moral and intellectual support for the establishment of Tamil Eelam.”)

2.”Tidak ada pertubuhan lain dalam dunia hari ini yang telah memberikan orang-orang Tamil kebanggaan, kemuliaan dan kehormatan seperti LTTE. Tiada kuasa dalam dunia yang boleh menghapuskan LTTE. Tiada orang Tamil yang ada kemuliaan dan kebanggaan mahu lihat LTTE pergi. Ia adalah simbol kepada kemajuan orang-orang Tamil dalam abad ke-21.”

(Ayat asal: “There is no other organisation in the world today that has given Tamils pride, dignity and honour as the LTTE. No force in the world can finish off the LTTE. No Tamil with dignity and pride would want to see the LTTE go. It is the symbol of Tamil progress in the 21st century.”)

3.”Melalui pengwujudan Eelam, orang-orang Tamil berharap bahawa kebanggaan, kemuliaan dan kebebasan mereka sebagai manusia akan terpelihara dalam tanah air tradisi mereka. Perjuangan untuk merealisasikan matlamat murni ini diketuai oleh tidak lain tidak bukan LTTE.”

(Ayat asal: “Through the creation of Eelam, Tamils hope that their pride, dignity and freedom as human beings will be safeguarded in their traditional homelands. The struggle for their realisation of this noble objective is spearheaded by none other than the LTTE.”)

4.”Perjuangan bersenjata untuk mewujudkan Tamil Eelam adalah satu perjuangan panjang bagi orang-orang Tamil di Sri Lanka. Perjuangan bersenjata adalah satu aspek daripada perjuangan politik. Perjuangan bersenjata yang dilancarkan oleh LTTE untuk melindungi dan mengorakkan langkah ke arah kebebasan adalah satu tindakan bertahan.”

(Ayat asal: “The armed struggle in pursuit of Tamil Eelam is a long drawn out struggle for Tamils in Sri Lanka. Armed struggle is an aspect of political struggle. The armed struggle waged by the LTTE to protect and advance the move towards freedom is a defensive action.”)

5.”Kerajaan Sri Lanka tidak akan mampu untuk menghapuskan sepenuhnya LTTE. Seperti saya faham, ratusan dan ribuan kader LTTE telah masuk ke bawah tanah untuk memulakan fasa seterusnya Perang Eelam. LTTE mungkin sedang bersedia untuk fasa lain perjuangan.”

(Ayat asal: “Sri Lankan government will not be able to completely eliminate the LTTE. As I understand, hundreds and thousands of LTTE military cadres have gone underground to begin the next phase of the Eelam War. LTTE is likely preparing for another phase of struggle.”)

6.”Jika pakatan politik kami menang di peringkat Pusat di Malaysia saya akan menggerakkan usaha untuk mengiktiraf Tamil Eelam.”

(Ayat asal: “If our political coalition takes power at the federal level in Malaysia I will push for the recognition of Tamil Eelam.”) – 29 Ogos 2019

DR KAMARUL YUSOFF
Penganalisis Politik

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

13 COMMENTS

  1. Kerajaan sekarang banyak membawa msk pekerja dari sri langka mungkin dlm diam mereka ini menganggotai kumpulan ala ltte di malaysia mereka diberi layanan istimewa oleh kerajaan sekarang ini. Sebabnya mereka masuk sebagai pekerja dlm compeni bukan sebagai pekerja kontrak seperti mana pekerja pekerja asing yg lain mereka dapat apa jua kemudahan dari syarikat seperti apa yg pekerja tempatan dapat

    • Piak berkuasa perlu ambil tindaka drastik sebelum sukar dikawal.Ketuanya yang ada menetap diMalaysia ini mesti diusir keluar.

  2. PKM di sokong kuat kebanyakan bangsa Cina Malaysia.
    LTTE di sokong kuat kebanyakan bangsa lndia di Malaysia.

    Gabungan ini merupakan satu ancaman terbaru bagi bangsa Melayu di Malaysia.

    • Apakah negara Malaysia ni dijadikan transit untuk PKM dan LTTE bertapak? Pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas tanpa menghiraukan tekanan dari ahli politik

  3. kerajaan malaysia masih berdiam diri kerana takut kehilangan undi. itulah Malaysia Baharu. selamat maju jaya

  4. Manusia ni masih ada maruah nak suruh halau zakir naik sedangkan dia terlibat dgn ltte.kerajaan baru ni memang takut pd DAP.menyesal undi.

  5. Mohon kerajaan malaysia peka dgn masalah ini.jika terbukti kenyataan ini.maka jelas lah siput ni bekrjasama dgn pengganas LTTE.jgn biarkan nwgara kita menjadi transit pengganas LTTE.

  6. #pdrm #polisdirajamalaysia situation warranted before it becomes uncontrollable.Act fast before it’s too late.

  7. kalaulah sudah dirai diarak sudah tentu kumpulan pengganas Ini telah pun lama atau sedang bertapak disini… Jika pengganas seperti Ini dijulang bererti mereka tiada ciptakan negara yg mereka duduki Ini… Pihak berkuasa harus bertindak menghapuskan kumpulan pengganas Ini sebelum perangcangan jahat mereka semakin luas dan megancam keselamatan negara… Cintai malaysiaku

  8. tiada masa bagi pdrm berlengah lagi bagi kedua dua puak pengganas ini ltte dan pkm berkembang biak ini betul2 tugasan kena ambil berat apa bila kedua duanya bergabung menjadi satu bala buat negara jika dibiarkan .akan mennjadikan negara porak peranda .bukit pun akan rata jika ditarah tanpa kita sedari

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.