KUALA LUMPUR 24 FEBRUARY 2016. Sisters In Islam (ISIS) board member Datin marina Mahathir (center) and others before a meeting between the group's lawyers and High Court judge over a legal bid involving a fatwa that labelled the group as deviant. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

KEKALAHAN Sisters in Islam (SIS) dalam kes mahkamah untuk mencabar fatwa yang melabel mereka sebagai sesat, tanda kekalahan penganut liberal di negara ini.

Kes ini menjadi titik pertembungan antara Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dengan kumpulan yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme.

Pada 2014, Jais mengeluarkan fatwa bahawa kumpulan SIS itu sebagai kerana membawa dua fahaman yang telah menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Alhamdulliah, kemenangan untuk JAIS dan umat Islam di negara ini yang masih tidak terpesong ajaran dan akidah mereka dalam era yang penuh dengan ancaman liberal dan pluralisme ini.

Hasil keputusan mahkamah itu, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) mengambil kesempatan menyeru penganut fahaman liberalisme dan puralisme untuk bertaubat dan kembali ke jalan Islam.

Seruan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Muafakat, Mahmud Hishamuddin itu turut menyentuk peranan NGO dalam mempelbagaikan pendekatan untuk menerangkan kepada umat Islam mengenai bahaya fahaman liberalisme dan pluralisme.

Malah Muafakat sendiri sedia untuk membantu dari aspek bahan-bahan rujukan dan pakar bidang apa-apa yang berkaitan, khususnya dalam bab akidah.

Bagi Mahmud, Mahkamah Syariah mesti kekal bebas sebagai mahkamah mutlak untuk kes-kes syariah tanpa campur tangan Mahkamah Sivil seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tidak sekadar itu, tindakan segera kepada mana-mana pihak diambil sekiranya tidak mematuhi keputusan mahkamah dan Majlis Fatwa.

“Ini adalah kewajipan semua pihak terutama selaku warganegara wajib menghormati Majlis Agama Islam Negeri dan kuasa Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam Negeri.

:Ia termasuk Yang Di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama bagi Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak kerana semua itu termaktub dalam Perlembagaan. Inilah kefahaman Rule of Law yang dituntut,” katanya. – 29 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.