AIB memalukan skandal video semburit yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Azmin Ali kini menjadi buah mulut di Indonesia.

Video itu menjadi sebutan di kalangan media dan pemimpin politik Indonesia apabila Azmin mengiringi lawatan rasmi Yang Di Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Kepresidenan Bogor, Jawa Barat (Jabar), pada Selasa.

Lapor sebuah portal Jurnas yang berpangkalan di Jakarta, khabar mengenai video mirip Azmin telah mencemari lawatan rasmi tersebut yang sepatutnya menjadi kunjungan yang dihormati antara kedua-dua negara.

Menurut portal berkenaan, beberapa potongan video dan gambar mirip Azmin dan pasangannya juga tular di kebanyakkan media sosial di Indonesia.

Terdahulu, video semburit mirip Azmin telah tular ke laman porno terbesar dunia, iaitu PornHub dan dimasukkan ke dalam kategori video ‘gayporn’.

Manakala analisa terhadap keaslian dua frame video AVI sebesar 10,5MB dan 9.5MB tersebut telah dilakukan oleh perusahaan Jasa Konsultasi, Investigasi dan Analisis Forensik Digital dari Indonesia dan juga kumpulan forensik United Kingdom.

Hasil dari pakar forensik Digital Indonesia dan United Kingdom menemukan jawapan bahawa, video itu adalah tulen.

Kevin Nguyen, pakar digital forensik dari Australia ketika ditemuramah Pertubuhan media SBS News, juga menyatakan video itu bukan ciptaan deep fake dan tidak ada sebarang pengubahan digital telah dibuat.

Cybersecurity Malaysia dalam satu laporannya juga mengesahkan video mirip Azmin itu tulen, biarpun pelakon dalam video terbabit disahkan negatif.

Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR menafikan penglibatan beliau dalam video berkenaan dan mendakwa ia dilakukan secara konspirasi oleh seseorang yang mahu menjatuhkan karier politiknya. – NTHQiBORD, 29 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.