SUDAH hampir tiga bulan berlalu, tetapi siasatan kes video seks sejenis yang didakwa melibatkan Datuk Seri Azmin Ali masih belum selesai.

Dalam tempoh tersebut, isu video semburit itu tenggelam dengan isu lain seperti isu seni khat dan jawi, isu Dr Zakir Naik dan pelbagai lagi.

Namun ia tidak bermakna rakyat Malaysia sudah melupakan kes yang serius melibatkan seorang pemimpin kerajaan bertaraf Menteri.

Sehubungan itu, dua badan bukan kerajaan (NGO) mula bertindak mendesak Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memecat Azmin.

Sekretariat Suara Rakyat dan Pertubuhan Bangkit juga mahu Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu diheret ke muka pengadilan atas dakwaan melakukan seks sejenis.

Tujuh hari diberikan kepada Tun Mahathir untuk untuk mengambil tindakan terhadap Azmin kerana mendakwa beliau melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, iaitu melakukan persetubuhan di luar tabii.

Jika tidak kedua-dua NGO itu akan menyerahkan laporan forensik yang dilakukan sebuah syarikat berpangkalan di United Kingdom kepada Yang di-Pertuan Agong, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Kita pertahankan Perlembagaan kita dan setiap warganegara di Malaysia tidak terlepas apa jua keistimewaan dan mereka juga perlu menghadapi undang-undang di negara kita.

“Walaupun dia orang besar, rakyat ada pengaruh, beliau mesti diadili,” katanya.

Pada 12 Jun lalu, bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz mengakui dirinya seorang daripada 2 lelaki yang dirakam mengadakan hubungan seks sejenis di sebuah hotel di Sandakan pada Mei lalu.

Haziq turut menamakan Azmin sebagai pasangannya dalam video itu, tetapi Azmin menafikannya dan menyifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya. – 30 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.