AWAL minggu ini, Kerajaan Pakatan Harapan baru meluluskan projek mega yang pertama bernilai 21.6 billion.

Kabinet telah mengumumkan National Fiberisation and Conectivity Plan (NFCP) yang akan dilakukan dari tahun 2019 – 2023.

Projek ini asalnya hanya bernilai RM1 billion sahaja berdasarkan pengumuman dalam bajet tahun lalu.

Pihak yang terlibat dan mendapat hak terbesar dalam projek ini ialah Opcom Holding yang mana majoriti milikan saham syarikat tersebut dimiliki oleh Mukhriz dan Mokhzani (dua anak lelaki Mahathir Mohamad).

Sebaik sahaja pengumuman kerajaan awal minggu ini saham Opcom telah melonjak 43% nilainya. Ini menjadikan kekayaan dua anak lelaki Perdana Menteri ini melonjak sekelip mata.

Untuk ingatan semua Opcom pada tahun 2003 di mana Pengerusi syarikatnya Mokhzani Mahathir telah dilantik Kementerian Kewangan secara terus sebagai pembekal tunggal kabel fiber optik ke seluruh negara untuk Telekom Malaysia (TM).

Pada 2003 itu, Mahathir sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Malaysia.

Pada 2009, sekali lagi Opcom mendapat kontrak RM359 juta juga dalam pembekalan kabel, latihan serta khidmat sokongan kepada TM.

Pada 2015, Opcom sekali lagi mendapat kontrak dari telekom bernilai RM68 juta.

Sekali lagi tak sampai sebulan selepas PRU 14, Mei 2018 Opcom mendapat kontrak sebagai Rakan Unifi bernilai RM11.15 juta.

Dan kini Opcom mendapat projek mega pertama kerajaan Pakatan Harapan bernilai RM21.6 billion.

Mukhriz dan Mokhzani telah mengumumkan perletakan jawatan dalam Opcom namun kedua anak lelaki Perdana Menteri ini masih merupakan pemegang saham terbesar Opcom.

Pakatan Harapan nampaknya terus menyuburkan amalan kronisme era sebelum zaman reformasi.

Nampaknya Mahathir tidak pernah berubah tetapi yang lawan Mahathir nampaknya berubah dan rebah ke kakinya.

Ketika manifesto tak tertunai, rakyat terus dihimpit kos kehidupan namun keluarga Mahathir dan pemimpin PH terus menuai hasil. – 30 Ogos 2019.

BADRUL HISHAM SHAHARIN @ CHEGUBARD,
Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

3 COMMENTS

  1. 2003 tun m dah pencen,dan pada tahun itu tun abdullah sbagai pm dan menteri kewangan,pada tahun 2015 pm dan menteri kewangan masa itu adalah najib,mcm mana boleh kaitkan dgn tun m?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.