TEKANAN demi tekanan terus diberikan oleh Bangsa DAP terhadap Dato’ Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia merangkap Pengerusi Gagasan Tiga (G3).

Dengan kuasa yang mereka ada di dalam pentadbiran kerajaan dan majoriti peguam dari kalangan orang Sikh, Cina dan India serta pengaruh yang besar daripada Peguam Negara, Tommy Thomas memudahkan perancangan mereka untuk terus “menutup mulut” pemimpin nasionalis moderat ini.

Bermula dengan penguasaan Bangsa DAP dalam kerajaan setelah kemenangan pada PRU14 lepas, mereka terus memberi tekanan maksimum bertali arus menggunakan pelbagai cara termasuk pengaruh media dan tindakan undang-undang terhadap Dato’ Azwanddin.

Ini termasuk saman mahkamah daripada pimpinan tertinggi mereka seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Liew Chin Tong, Tony Pua serta P. Waythamoorthy kerana mereka sudah tidak mampu “menyekat suara” pemimpin Melayu ini.

Mereka mahu terus menekan dan mengasak Dato’ Azwanddin,dengan mengheret beliau ke mahkamah.

Dengan pengaruh yang dimiliki Dato’ Azwanddin, melalui ceramah serta kenyataan beliau, Bangsa DAP terasa bahawa beliau antara pemimpin Melayu yang paling lantang bersuara dan mengancam kedudukan serta agenda tersembunyi mereka.

Akibat ancaman itu, mereka mula menyerang serta menyaman Dato’ Azwanddin.

Beliau merupakan individu yang pertama ditahan dan disumbatkan ke lokap di bawah kerajaan Pakatan Harapan dengan tujuan dapat ‘membunuh’ suara Dato’ Azwanddin akibat daripada pendedahan dan juga niat sebenar Bangsa DAP.

Kegusaran Bangsa DAP terhadap suara Dato’ Azwanddin sebenarnya mampu menjadi senjata ampu bagi menaikkan semangat orang Melayu Islam untuk terus melawan bangsa cauvinis ini.

Disebabkan kegusaran itu, mereka mula menggunakan undang-undang sebagai senjata.

Sebagai contoh, Teresa Kok pernah mengemukakan tuntutan saman bernilai RM30 juta.

Ada beberapa lagi saman dan kesemua ini melibatkan jumlah wang yang banyak yang menghampiri ke angka RM120 juta.

Ini adalah satu taktik jahat Bangsa DAP untuk terus melawan Dato’ Azwannddin daripada terus bersuara dengan niat supaya pejuang nasionalis moderat ini berdiam diri dan tidak lagi menentang mereka.

Kuasa mahkamah dilihat menjadi usaha terakhir Bangsa DAP yang dapat dilakukan setelah usaha lain gagal untuk “memadamkan” pemimpin NGO Melayu ini.

Bangsa DAP ini mahukan Dato’ Azwanddin dijadikan contoh kepada pemimpin Melayu lain tentang akibat yang mereka akan terima jika bersuara dan bangkit menentang Bangsa DAP.

Namun asakan dan tekanan bertalu-talu Bangsa DAP ini langsung tidak dapat menutup mulut dan menjatuhkan semangat Presiden Jaringan Melayu Malaysia ini.

Malah beliau akan terus untuk menentang Bangsa DAP ini dengan apa sahaja walaupun Bangsa DAP mahu memasukkan beliau di lokap sebagai jalan terakhir.

Dato’ Azwanddin akan terus bersuara demi kepentingan Melayu dan Agama Islam serta mempertahankan kepentingan Institusi Raja-Raja Melayu. – NTHQiBord, 30 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.