SESIAPA pun boleh membuat janji termasuklah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi, perancangan itu hanya Allah yang tentukan.

Itu jawapan ringkas yang diberikan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin.

“Kalau qadanya ini, takdirnya begini. Yang itu saya serahkan kepada Allah Taala,” kata Zuraida.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan lantikan Mahathir itu mengakui semasa zaman reformasi, dia memang berjuang untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, landskap politik sudah berubah.

“Dulu kita berjuang tanpa Dr Mahathir, tanpa Bersatu. Kita ada pembaharuan, yang mana kita bergabung bersama untuk mengguling kerajaan Barisan Nasional ketika itu,”

“Apabila fakta ini sudah berbeza, keadaan sudah berbeza, pendekatan kita juga harus berbeza,” katanya.

Beliau memberitahu, Dr Mahathir dipersetujui untuk dilantik sebagai perdana menteri ketujuh selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

Ia menjadi sebab bahawasanya Anwar tidak boleh terus dilantik menjadi Perdana Menteri kerana perjuangan bersama Mahathir membolehkan Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

“Jadi tidak boleh menjadikan beliau (Anwar) sebagai PM ketika itu walaupun reformasi kita sebelum ini untuk Anwar,”

“Pada saya, at the end of the day, adalah usaha kita, qada kita dan takdirnya pada Allah Taala,” tambahnya.

Terdahulu, Mahathir dalam satu kenyataannya tidak ada jawatan kosong untuk Anwar di kabinet, kerana tiada menteri mahu meletak jawatan.

Ia termasuklah isteri Anwar sendiri, Wan Azizah Wan Ismail yang kini menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Peluang untuk Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan kini makin malap kerana bukan sahaja tidak diberi peluang menjadi ahli kabinet, malahan juga beberapa menteri PKR mula ‘berpaling tadah’ darinya. – NTHQiBord, 30 Ogos 2019.

 

4 COMMENTS

  1. Zurida kata begitu sebab kartel nak jadikan pkr kedua
    Nak naikan ibnu ali sebagai presiden n pm berangan la ko zurida tian amirudin
    Anwar ko naik pm buang talkinkan seko seko geng kartel
    Gengx kartel seluroh negara bermesyuarat setiap minggu
    Mana dtg duit azmin zurida tian amirudin arahkan geng kartel buat kerja utk ibnu ali
    Macamx provok dibuat utk jatohkan kak wan n anwar
    Campak aje seko seko tu semua dr pkr
    Bio dia tubuh parti sendiri kartel ibnu ali or lampir n kartel
    Hhincitkan azmin zurida tian amirudin n gengx kartel seluroh negara
    Muka x tahu malu
    Xbermuka muka je lebih
    GETIKKKKK TENGOK MUKAX KARTEL

  2. Azmin jgn berangan jd pm laa..semuanya sedap dgr ja..tujuan geng perompak duit rakyat pecah belah pkr ja

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.