ANINA Saadudin bukan nama yang asing dalam dunia politik Malaysia terutama selepas tertubuhnya Parti BERSATU.

Beliau merupakan antara pengasas parti Melayu itu yang kini dikepalai oleh Tun Mahathir Mohamad.

Namun jodohnya dengan BERSATU tidak lama apabila Anina umum keluar parti itu kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Puncanya, beliau tidak percaya lagi perjuangan parti itu.

Bagi Anina, perjuangan bukan soal duit kerana perjuangan masih boleh diteruskan tanpa wang.

Sebagai contoh, Anina mengambil kira bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan kira-kira 62 tahun dulu.

“Tiada duit pun, kita masih boleh tuntut kemerdekaan,” katanya ketika ditemui NTHQiBord.

Oleh itu, Anina percaya bahawa BERSATU tidak akan hidup tanpa Tun Mahathir.

Walaupun Anina tidak sehaluan lagi dengan Tun Mahathir, tetapi baginya Perdana Menteri itu mempunyai aura tersendiri apabila menyentuh soal perjuangan dan mampu menarik perhatian rakyat.

Perkara itu terbukti dalam PRU14 lalu apabila Tun Mahathir dipergunakan Pakatan Harapan untuk meraih undi orang Melayu atas perjuangan menentang Barisan Nasional.

Malah Anina mengakui BERSATU tidak mempunyai kewangan untuk menggerakkan parti kerana jentera mereka berkhidmat secara sukarela atas prinsip perjuangan.

Tidak seperti sebuah lagi parti baru dalam Pakatan Harapan, Anina percaya parti itu tidak mampu bertahan lama kerana meraih dana daripada parti lain.

“Walau banyak mana pun duit yang mereka (parti) dapat, mereka tidak akan merasai perjuangan sebenar dan akan nampak bodoh.

“Perjuangan yang nampak hidup dan bijak akan memberi kesan besar dan penting kepada pembangunan negara, barulah parti itu nampak berjaya.

“Kalau setakat berjaya untuk menjadi menteri yang dilihat bodoh, jadi tidak dilihat sebagai berjayalah,” katanya. – NTHQiBord, 28 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.