DULU masa jadi pembangkang, banyak fitnah yang ditaburkan kepada rakyat demi mendapat kuasa.

Antaranya termasuk isu Lynas, derma Arab Saudi, cincin bekas perdana menteri dan macam-macam lagi.

Kini apabila sudah menjadi kerajaan, senjata yang mereka selalu gunakan untuk menjatuhkan pemimpin lain dijadikan modal meraih simpati.

Lim Guan Eng dalam rintihannya hari ini menyifatkan cabaran terbesar untuk mentadbir negara adalah berhadapan dengan fitnah dan pembohongan yang menyentuh sentimen perkauman dan ekstremisme agama.

Katanya, keadaan itu telah menjejaskan kepercayaan rakyat yang cenderung untuk mempercayai fitnah dan pembohongan berbanding kebenaran dan fakta.

“Bagi membina perpaduan nasional, kita harus membina keyakinan dan mengembalikan kepercayaan ke dalam sebuah kerajaan yang berpaksikan rakyat, yang mahu membina sebuah masa hadapan yang lebih baik demi anak-anak kita.

“Rakyat tidak akan menerima sebarang keuntungan dengan mengikut jejak mereka yang menyebarkan perpecahan nasional melalui sentimen perkauman dan ekstremisme agama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memang kedengaran lucu bagi seorang yang pernah juga menabur pembohongan terutamanya dalam isu Lynas.

Dulu Guan Eng paling ke depan membantah isu kilang Lynas di Gebeng, Kuantan dan cari sahaja video ucapannya ketika menyertai Perhimpunan Hijau.

Tapi hari ini selepas bergelar kerajaan, kilang itu masih beroperasi dan tidak pula ditutup seperti yang didesak satu ketika dulu.

Malah walaupun sudah bergelar menteri, Guan Eng tidak pula segan berbohong dalam Dewan Rakyat apabila menuduh Barisan Nasional merompak duit bayaran balik GST.

Menteri Kewangan itu dimalukan apabila laporan akhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara membuktikan BN tidak merompak duit itu.

Rupanya bukan Melayu mudah lupa, tapi Cina juga mudah lupa. – 30 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.