MENTERI Kewangan menafikan kenyataan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa kerajaan itu akan kalah sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Menurut Lim Guan Eng, kerajaan itu masih mempunyai masa tiga tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan dan beliau sudah mempunyai rancangan untuk menjadikan ekonomi lebih stabil.

“Apabila anda melihat prospek pemilihan, semuanya berfungsi dalam kitaran.

“Kita harus menerima bahawa kita masih mempunyai masa, “katanya.

Jelas Guan Eng, kerajaan PH diberi tempoh selama lima tahun jadi sehingga tempoh itu tamat, tunggu dan lihat sahaja bagaimana ekonomi negara ini akan menjadi lebih baik.

“Saya rasa, mari tunggu dan lihat. Kerana kita mempunyai lima tahun,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata kebimbangan tersebut bukan sahaja mengenai PH tapi termasuk juga isu pengangguran, kos sara hidup dan keutamaan yang menyentuh kaum Melayu-Islam khususnya.

Terdahulu, dua pemimpin PH yang lain, Ahli Parlimen Klang (DAP), Charles Santiago dan Ahli Parlimen Subang (PKR), Wong Chen, dilihat sebagai bersetuju dengan penilaian yang dibuat oleh Rais, mendakwa gabungan itu gagal mematuhi janji-janjinya dan melaksanakan pembaharuan asas dalam negara.

Dalam pada itu, Guan Eng mengulas lanjut mengenai permintaan Tan Sri Rafidah Aziz untuk menubuhkan pasukan pengurusan krisis khas oleh kerajaan adalah tidak perlu.

“Saya fikir jika ada krisis, saya fikir kita akan datang ke sana.

“Tetapi buat masa ini, kita sudah ada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC).

“Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan pada masa ini adalah untuk mengurangkan kesan-kesan kelembapan ekonomi dan menghasilkan beberapa resolusi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Rafidah yang juga merupakan ahli dari NEAC mengatakan bahawa tindakan proaktif seperti penubuhan pasukan pengurusan krisis perlu diambil kira untuk mengatasi sebarang kelembapan yang didorong oleh faktor luaran.

“Terdapat pertikaian ekonomi, bahkan pertikaian politik.

“Negara akan terjejas secara langsung dan tidak langsung.

“Tidak ada keraguan tentang itu. Kita perlu berfikir lebih awal, “katanya. – 30 Ogos 2019

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.