ISU jawatan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kabinet mula mendapat perhatian isterinya sendiri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah dalam ‘pembelaan’ terhadap suaminya, mengingatkan Tun Mahathir Mohamad bahawa Anwar boleh menyertai Kabinet jika Perdana Menteri melepaskan jawatannya.

Timbalan Perdana Menteri itu juga mengingatkan Tun Mahathir bahawa mengikut perjanjian Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, Pengerusi Bersatu itu akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

“Saya kira (akan berlaku kekosongan dalam Kabinet) kalau PM (Perdana Menteri) kosongkan (jawatan), itulah (seperti) yang dijanjikan,” katanya.

Mungkin Wan Azizah lupa atau buat-buat lupa bahawa beliau memegang dua jawatan pada masa ini iaitu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat.

Jadi apa salahnya beliau melepaskan jawatan TPM kepada suaminya sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri?

Itu yang dibangkitkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tentang kewajaran Wan Azizah memberi laluan kepada suaminya menjawat jawatan dalam Kabinet.

“Takkan Datin Seri Wan Azizah tak mahu lepaskan jawatan TPM dan beri laluan kepada suaminya sendiri untuk memudahkan laluan kepada Bakal Perdana Menteri ke-8,” kata Asyraf. – 30 Ogos 2019.

5 COMMENTS

  1. Utk cadangan pemimpin umno yg ada phd ni saya sokong.
    Inilah masanya anwar kena ambil alih jawatan daripada kk wan.
    Agar bila masa Tun berundur @ terjadi sesuatu kepada Tun (yg membuat Tun tidak berupaya)
    anwar terus ambil alih.

  2. Manusia di pegang pd janjinya,lembu@kerbau di pegang pd talinya,perjanjia telah di buat,anda dri umno tak perlu menangguk di air yg keruh,anda baca kah isi kandungan dokumentasi perjnjian tersebut?,,klu belum lebih baik diam diri,krn adab islm iaitu;من حسن الاسلام تركه ما لا يعنيه،،itulah antra adab2 politik islm,,takkn itu pun nak kena ajor sijilberjela2 Ph.D la,hapah la,…

  3. PH,akan uruskn hal-ehwal rumah tangganya,umno uruskan hal rumah tangganya sendiri,orng yg ada ijazah PhD sepatutnya lebih arif membaca cuaca @ langskap politik,lagi pun politik nbi mhd s,a,w melarang umatnya mengambil kepedulian urusan rumah tangga termasuk parti politik orng lain kecuali bila sesuatu kes@isu itu terpalit@menempias kepentingan sejagat,barulah di haruskan mengmbilpedulian,masakan itu pun nak kena ajar kut!orng inteletual pun nak kena bgitau kut,,,mana maruah seorng intelek?…wsslm..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.