RUPA-rupanya bukan P. Ramasamy Palanisamy sahaja yang pro pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Gambar terbaru yang dimuat naik Firdaus Wong Wai Hung, seorang aktivis sosial di Instagram beliau menunjukkan M. Kulasegaran juga mungkin terlibat sama.

“Oh rupa-rupanya bukan Ramasamy seorang sahaja yang pro LTTE. Apa yang Kulasegaran buat di sana dengan berjumpa pemimpin LTTE ya?” tulis Firdaus.

Kulasegaran, pemimpin DAP, yang juga merupakan Menteri Sumber Manusia dilihat bergambar bersama pemimpin LTTE Tamil Nadu, Seeman.

Mereka bergambar berlatar belakangkan gambar pengasas LTTE iaitu V.Prabhakaran yang mengasas kumpulan berteraskan keganasan itu di Sri Lanka.

Terdahulu, pemimpin DAP lain, Ramasamy juga dikaitkan dengan LTTE kerana pernah mengeluarkan kenyataan menyokong pertubuhan itu kononnya untuk masyarakat Tamil.

Pertubuhan LTTE itu adalah pertubuhan ke arah militan yang mahu menubuhkan negara berasingan bagi etnik minoriti Tamil di utara dan timur pulau Sri Lanka.

Anggota kumpulan ini diharamkan daripada memasuki 32 negara, terutama selepas ia dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika Syarikat.

Terdapat lebih 10,000 pengganas bersenjata LTTE di Sri Lanka dan 5,000 kader terlatih yang disokong oleh jaringan bantuan kewangan di seluruh dunia.

Dana kewangan LTTE adalah daripada penyeludupan dadah, perdagangan manusia, kegiatan mengklon kad kredit dan pengedaran cakera padat digital (DVD) Tamil di seberang laut. – NTHQiBord, 30 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.