BEKAS Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Tun Mahathir Mohamad supaya tidak bersikap berat sebelah dalam mengambil tindakan terhadap ahli PH.

Namun menurut Najib, jika ada sesiapa yang perlu dihukum, individu tersebut yang sepatutnya mendahului ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

“Kalau PM ketujuh nak ambil tindakan, patut kenakan Kit Siang itu dulu.

“Mulut Kit Siang memang jahat.

“Dia layak untuk dihukum dari dulu lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Dalam pada itu, Najib turut mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun M yang menyatakan bahawa BERSATU tidak akan bersikap berat sebelah dalam mengambil tindakan terhadap ahli PH yang mendakwa parti gabungan itu akan kalah dalam pilihan raya nanti.

Walaupun Najib tidak menyebut mana-mana nama secara khusus, ia dipercayai ditujukan kepada Pengerusi Biro Dasar dan Strategi Bersatu, Dr Rais Husin.

“Saya bersimpati terhadap Rais dan mendakwa bahawa banyak lagi pemimpin lain dalam PH juga mengatakan perkara sama dengan bersetuju dengan kenyataan Rais itu,” ujarnya. – 30 Ogos 2019

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.