
PRESIDEN PKR menafikan dengan tegas bahawa beliau tidak pernah menawarkan diri untuk menyertai kabinet yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas lanjut kenyataan Tun M baru-baru ini berkata bahawa masih tiada ruang kosong yang boleh diisi oleh beliau sebagai ahli kabinet.
“Saya tidak pernah mengusulkan atau bercadang sertai Kabinet.
“Saya terikat dengan konsensus PH iaitu saya akan memberikan ruang sepenuhnya kepada Tun Mahathir untuk mengetuai Kabinet ketika ini.
“Maka, tidak timbul isu sama ada saya mahu menjadi sebahagian daripada Kabinet,” katanya.
Jelasnya, beliau tidak pernah menawarkan diri sebaliknya akan menunggu sehingga gilirannya tiba untuk mengambil alih jawatan sebagai PM negara ini.
Hal ini kerana, menurut kenyataan Tun M sebelum ini, tiada ahli Kabinet yang rela untuk melepaskan jawatan masing-masing untuk diberikan kepada Anwar. – 30 Ogos 2019
Tak ada angin pohon takan bergoyang.