BARU beberapa hari lepas seorang pemimpin BERSATU menyuarakan kegusaran bahawa Pakatan Harapan (PH) akan kalah jika Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan dalam masa terdekat.

Kegusaran itu mengundang teguran daripada Pengerusi BERSATU, Tun Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir tidak menolak kemungkinan tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka yang menjejaskan imej parti dengan mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan kalah.

Hari ini, Tun Mahathir tampil dengan kenyataan yang lebih tegas apabila menyuarakan keyakinan bahawa PH tidak jika PRU15 diadakan sekarang.

Keyakinan Perdana Menteri itu disuarakan atas beberapa alasan termasuklah rakyat tidak akan menerima balik kepemimpinan terdahulu.

“Kita yakin walaupun ada yang berkata kita akan kalah, tetapi kita yakin kalau kita bertanding hari ini pun kita boleh menang.

“Tidak ada siapa hendak ambil balik Datuk Seri Najib (Razak),” katanya merujuk kepada bekas Perdana Menteri itu.

Najib kini berdepan kes perbiaraan mahkamah berhubung skandal kewangan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan baru selepas perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd.

Keyakinan Tun Mahathir itu pastinya memberi moral kepada pemimpin PH yang kini menjadi sasaran media dan netizen tentang prestasi hambar mereka sejak memerintah lebih setahun lalu.

Menyentuh tentang laporan media, Tun Mahathir menegur agar jangan ada laporan isu-isu yang berisiko menggugat keharmonian negara. – 30 Ogos 2019.

10 COMMENTS

  1. Bagi pandangan saya sebagai rakyat tak seharusnya TM ckp tiada siapa yg mahu ambil DSNR balik….untuk maklumat ..rakyat hanya tunggu DSNR sebas dri segala tuduhan serta fitnah yg dihadapi beliau..rakyat amat mnrindui pentadbiran serta kepimpinan dri DSNR untuk beliau kembali memimpin negara…

    • Betul tu tuduhan tak berasas dap berunsur fitnah duit agihan pd umno di persoalkan habis umno bukan saja di guna utk umno tapi semua rakyat tanpa memilih kaum semasa pemerintahan bn .
      Klau peruntukkan bn utk kwasan adun parlimen dari melayu di berikan pd umno bila pd cina mca pd india mic apa di persoalkan duit itu di agihkan pd rakyat yg mohon peruntukkan bg kwasa yg di wakili mereka tu pun salah ke…..
      Kasihan dsn duit agihan pd permohonan rakyat pun najib yg jadi perompak penyamun sedgkan masa bn memerintah klau cina pggil utk resmi mohon peruntukkan tak pernah reject ….
      Najib ment kewgan tu semua salah najib nanti klau ph kalah peruntukkan yg keluarkan olih lim guan eng mcm mane kena persoalkan pulak ke…..jadi salah ke…..
      Jgn nanti bila kalh ph lim guan eng pulak kena gi mahkamah pulak …..rakyat dah bosan cubalah buat sesuatu yg bolih berikan perubahan …..bukan makin teruk malaysia ni

  2. Tun M perlu ingat rakyat sedang menilai segala janji dan tindakan kerajaan beliau buat selepas menang PRU14. Manakala pembangkang kini bersatu terutama PAS dan UMNO dan kiranya PRU diadakan sekarang yg mungkin menang bukan Najib tetapi pakatan pembangkang baharu.

  3. Salam. Khas buat tun m. Sudah2la tak abis2 menjatuhkan maruah boss ku. Ratyat dah bosan bertaubatlah

  4. Muhasabahlh diri sndiri, jgn mnilai DSNR, sdngkn hakikatnya, masyarakat s killing sdang mmrhati dn mnilai srta mmbuat rumusn tntng SIAPA Tun sbnarnya….

  5. Siapa saja boleh taksub dgn umno.
    Tapi Allah bagi akal utk digunakan utk berfikir kearah yg lebih baik.
    Walaupun umno hanyalah sebagai simbol parti, tapi tak semua ahli yg buta & pekak, dgn berjela-jelanya kes yg melibatkan kepimpinan umno masa ini.
    Asal kata “fitnah kerajaan ph” ini sebenarnya dimulakan oleh pemimpin yg terlibat jenayah rasuah, & perkara ini diulang-ulang, sehinggakan perkara ini menjadi kebiasaan.
    TAPI.
    Ahli umno & pas bukan semua tunggul kayu, ada juga yg menilai kerjasama kedua-dua parti ini semata-mata nak “cuba selamatkan pemimpin yg sedang & akan disabitkan dgn kesalahan jenayah /rasuah.
    Soal manifesto yg belum ditunaikan, ini adalah masalah kecil, ph ada 3 th lebih lagi utk menyelesaikan segala janji yg dibuat.

    Sedangkan umno yg telah ditalqinkan pun masih ada bbrapa manifesto yg tidak dapat ditunaikan…. bahkan mereka(umno)membesarkan tembolok nya dgn cara yg paling biadab & memalukan bangsa melayu.
    Dimana letak muka melayu.
    Tercipta dlm sejaragh mahkamah dunia dgn berpuluh-puluh kes (bahkan akan sampai ratus)
    Apakah masih bicara soal fitnah.
    Hujah penguambela tok jib pun bukan kepada perkara2 pokok… tapi soal bangku kayu.

  6. Atok bercakap mewakili orang politik,
    Cuma tanya rakyat kebanyakan, kebanyakan rindu cara pentadbiran DSNR.
    Selepas kekalahan BN , dan melihat pada pentadbiran kerajaan sekarang, adakah PH lebih baik…??
    Nilai ringgit semakin jatuh,
    Banyak pekerja hilang pekerjaan,
    Pemimpin politik yg rasis tetapi menyalah kan / mengatakan rakyat yg rasis.
    Harga barang semakin meningkat ,
    Sistem SST yg kabur,
    Tuduhan rasuah yg belum pasti kebenarannya,
    Tapi dilihat Atok cuba mempengaruhi rakyat supaya mempercayai ,sedang perbicaraan masih baru bermula, seolah cuba memberi gambaran dan amaran pada yg Arif yg mengendali kan supaya condong pada kata kata Atok.
    Tidakkah semasa DSNR PM kemajuan dilihat amat memberangsangkan..???

    Atok sebenar-nya yg tertipu …
    Kalau Atok tak perintah selama 22 tahun, Hari ini Malaysia mungkin telah lama menjadi NEGARA MAJU.
    ATOK….OH ATOK…!!!

  7. Atuk tu bercakap macam orang tersepit. Mungkin orang ramai sokong ph kebanyakan lahir pada thn 80an. Sebab tak kenal atuk sebenarnya. Banyak kes atuk dulu dlm pentadbiran dia lagi teruk dari DSNR. Tapi masa itu tak ada FB dan Wasap. Jadi kisah dia tak terhebah macam DSNR.

  8. Pada 3 pemerintahan tun m pak lah dan najib razak hamba sdh merasa kan nya yg hamba saksikan dgn mata hamba sendiri yaitu pembangunan dan economy alhamdulillah kelebihan nya pd pemerintahan tum m, ingat masalah economy dunia thn 1997 tun m lah yg menjadi wira economy malaysia, menara kembar, putrajaya dan cyberjaya bgi hamba era pemerintahan tun m yg lbh baik hamba bkn penyokong mana mana pati hamba fakir dhoif dan lemah, yg baik dtg dri ALLOH dan yg tdk baik itu dri kelemahan hamba wasallam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.