USAHA Tun Mahathir Mohamad menguatkan partinya tidak pernah terhenti dan masih mengharapkan bekas ahli UMNO yang kini bergelar wakil rakyat bebas.

Pengerusi BERSATU itu mempelawa bekas ahli UMNO itu untuk menyertai partinya dengan satu syarat penting.

Hanya bekas ahli UMNO yang tidak mempunyai masalah, umpamanya kes di mahkamah sahaja yang boleh diterima, itu syaratnya.

“Yang lain, yang tidak terlibat, mereka akan diterima,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi Bersatu di sini hari ini.

Setakat ini, Tun Mahathir memaklumkan hampir semua ahli BERSATU di Sabah merupakan bekas UMNO. – 30 Ogos 2019.

Manakala di Semenanjung, beberapa ahli terutama Ahli Dewan Rakyat dan dewan undangan negeri telah menyertai Bersatu.

Kesemua bekas UMNO itu belum pasti boleh menyertai pemilihan BERSATU yang sudah ditangguhkan ke 20 Jun tahun depan.

29 Oktober tahun lalu, Tun Mahathir membuka ruang kepada semua ahli UMNO untuk menyertai BERSATU tetapi mengecualikan beberapa pemimpin bekas partinya itu.

Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz antara pemimpin UMNO yang tidak dibenarkan sertai BERSATU.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.