KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menimbulkan persoalan kewajaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah memberi laluan kepada suaminya menjawat jawatan dalam kabinet.

“Takkan Datin Seri Wan Azizah tak mahu lepaskan jawatan TPM dan beri laluan kepada suaminya sendiri untuk memudahkan laluan kepada Bakal Perdana Menteri ke-8,” kata Asyraf.

Persoalan ini timbul ekoran kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya sama ada akan mempelawa Anwar untuk menyertai barisan Kabinet

“Kerajaan tidak akan buat perubahan atau penambahan jumlah ahli Kabinet.”

“Oleh kerana tiada siapa yang mengatakan mereka ingin meletakkan jawatan, kami tidak mempunyai kekosongan (untuk menampung Anwar),” kata Tun Mahathir.

Tentunya jawapan Tun Mahathir itu mengundang pelbagai persoalan lain.

Asyraf turut meminta pandangan rakan-rakan dalam Facebook akan persoalan tersebut.

“Apakah pandangan rakan-rakan FB di sini, wajarkah Datin Seri Wan Azizah melepaskan jawatan dan beri laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim?” soalnya.

Jawapan Tun Mahathir itu mungkin menggambarkan bahawa bakal PM8 itu akan menungggu lebih lama lagi kerana tiada sesiapa mahu berundur termasuk Tun Mahathir sendiri.

Itupun kalau Anwar fahamlah. – 30 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.