PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman menasihatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail agar memberi laluan kepada Presiden PKR.

Menurut beliau, Wan Azizah sepatutnya beralah dan berkorban untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendapat tempat dalam kabinet.

“Saya rasa eloklah Wan Azizah jadi isteri mithali dengan beri ruang kepada suaminya untuk berada di dalam Kabinet sekali gus menunjukkan contoh yang baik kepada isteri seluruh negara,” katanya.

Selain itu, Hamidah berkata, pada kebiasaan ahli Kabinet yang dilantik terdiri daripada Ahli Parlimen yang mempunyai jawatan dalam parti apatah lagi seorang presiden yang harus diberikan tempat.

“Wan Azizah sepatutnya melepaskan jawatan dalam Kabinet mengikut amalan biasa.

“Ia disebabkan beliau bukanlah individu yang memegang sebarang jawatan dalam parti.

“Sebagai Presiden PKR, Anwar harus diberi ruang.

“Kalau tidak Wan Azizah, menteri Kabinet daripada PKR perlu berkorban untuk Anwar atau adakah Ahli Parlimen PKR yang berada di dalam Kabinet ini sudah tidak menghormati presiden,” katanya

Dalam pada itu, Hamidah berkata, kabinet sepatutnya menunjukkan struktur betul yang ada sistem kerana seharusnya presiden parti komponen harus diberikan tempat di dalam pentadbiran kerajaan.

“Sudahlah ekonomi, sosial dan perpaduan huru-hara, malah dalam Kabinet pun huru-hara sebab tidak wajar Wan Azizah sebagai seorang yang tiada jawatan dalam parti, duduk dalam Kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Kalau alasan presiden tak nak (jawatan dalam Kabinet), mungkin kita boleh terima tetapi alasan tidak ada orang nak melepaskan jawatan ini saya rasa pelik.

“Sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kuasa melantik dan menggugurkan sesiapa, bukan bertanya siapa nak letak jawatan atau tak nak,” katanya.

Beliau turut menyoal kenapa sehingga kini rombakan Kabinet tidak dilakukan kalau dahulu pasti jika tamat pemilihan di dalam parti pasti akan berlaku rombakan Kabinet bagi menghormati keputusan yang dibuat parti. – 31 Ogos 2019

2 COMMENTS

  1. Dalam politik tak ada istilah pelik atau heran.
    Apalagi politik malaysia.
    Semua nya bagai sampah.
    Hari ini ada besok dah dilupakan org.
    Lagipun apa hak parti lain nak bicara soal ph.
    Yg bicara pula parti yg mewakili parti sampah.
    Disiarkan pula oleh blok sampah
    Dah tak dipakai pengundi.

    Cermin diri.

  2. Datuk Hamidah Othman memberi Nasihat supaya TPM meletak jawatan gunanya supaya PM TM blh melantik DSAI sbg TPM. Saya fikir nasihat itu usahlah dilayan krn nasihat
    itu berlawanan dgn perjanjian. Lagi pula nasihat itu mungkin tidak ikhlas mungkuin ada niat tersebunyi ada tujuan distraktif. Segala nasihat dpd Parti lawan mesti PH kena hati2, krn biasanya mesti ada makna tersirat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.