PENGGUNAAN tulisan Jawi semakin tenggelam ditelan arus zaman.

Bagaimana pun, Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha memperkenalkan khat-jawi di sekolah-sekolah rendah seluruh negara bagi memperkenalkan semula tulisan jawi.

Namun, pelaksanaan ini ditentang habis-habisan oleh pendesak Cina dan juga India, yang tidak mahu jawi diajarkan kepada anak-anak mereka.

Ismail Sabri Yaakob, Ketua Pembangkang antara yang lantang memperjuangkan pelaksanaan jawi.

Beliau secara tegas berkata, perbuatan pendesak Cina, Dong Zong yang menolak jawi jelas membangkitkan kemarahan orang Melayu dan Islam.

Bagi meneruskan semangat perjuangan jawi, Ismail Sabri Yaakob, hari ini memuat naik satu ucapan kemerdekaan dalam tulisan jawi di laman Facebook rasminya.

Beliau satu-satunya pemimpin tertinggi politik yang menggunakan tulisan jawi, untuk mengucapkan kalimah kemerdekaan negara ke 62.

Pada 1 September 1957, jawi digunakan disemua akhbar Utusan, bagi mengisytiharkan kemerdekaan Malaya.

Image result for jawi merdeka utusan

Akhbar tersebut memaparkan perkataan Merdeka!, Merdeka!, Merdeka dalam huruf Jawi dengan megah menghiasi muka satu akhbar itu dengan foto pemasyhuran kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. – NTHQiBORD, 31 Ogos 2019.

3 COMMENTS

  1. Bukankah kita orang Melayu semuanya begitu, lebih mengagungkan tamaddun orang lain dari tamaddun bsngsa Melayu sendiri… Bila sudah dicaci dan dicela pun hanya sebahagian yang telah sedarkan diri dan sebahagian yang lain masih tidur. Agaknya, bila orang Melayu kena mengangkat tahi kaum Cina barulah sedar, walaupun sekarang ni, memang kaum Melayu telah menjadi orang suruhan bangsa Cina, cuma belum ketahap mengangkat tahi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.