PERDANA Menteri semalam menyatakan bahawa tiada kekosongan jawatan di kabinet untuk diisi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun hari ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad tampil mengulas spekulasi dan bagi meredakan ketegangan dengan memberitahu beliau akan mengotakan janjinya.

Beliau sekali lagi mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya, iaitu Anwar.

“Saya buat janji, saya berpegang kepada janji saya.

“Apabila saya letak jawatan nanti, tentunya Anwar akan naik sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Dalam pada itu, Tun M turut mengulas kenyataan dari blok pembangkang yang menyatakan beliau tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

“Pembangkang kata saya tidak mungkin akan letak jawatan.

“Jangan risau, saya akan letak jawatan dan serahkan kepada Anwar untuk menggantikannya,” ujarnya. – 31 Ogos 2019

4 COMMENTS

  1. Seandainya masyarakat Di malaysia,mengharapkan pemimpin tertinggi mentakbir negara bersistemkan tamadun khalifah islami,amanah,jujur dalam melaksanakan amanah rakyat daripada pemimpin politik demokrasi di pimpin BRITISH bertuankan YAHUDI pengasas ILUMINATI dan FREEMASON…!!! Insya “Allah… Masa nya pasti akan tiba kebangkitan bani jawi, Adat Melayu bersendi Kitabullah…!!!

  2. Atok kata dia pegang pada janji…kahhh..kahh…. KAHHH…!!!!
    Janji PRU 14 pun ke laut…
    Sudah nak caya…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.