ANGGOTA Parlimen Klang (DAP), Charles Santiago menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai mengarut dan tidak munasabah.

Charles Santiago berkata, sejak Pakatan Harapan (PH) menang PRU14 dalam tempoh 16 bulan lalu, beliau mendakwa masih menyimpan sedikit harapan, seperti yang lain-lain.

Jelasnya, harapan itu sedikit sebanyak terhapus akibat daripada kenyataan Tun M berkenaan tiada ruang untuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim dalam kabinet kerajaan.

“Kenyataan itu hanya menunjukkan kita lebih fokus kepada mempertahankan kuasa berbanding membina negara.

“Saya tahu dengan bisikan-bisikan di lapangan.

“Rakyat kini sanggup memberi peluang kepada Anwar kerana bimbang Mahathir kembali kepada cara lamanya,” katanya.

Selain itu, beliau berkata selepas PH mendapat kuasa pemerintahan, beliau yakin pemerhatiannya menjelang Hari Merdeka setiap tahun akan menjadi lebih positif.

“Saya membayangkan menulis tentang kerajaan yang menunaikan janji pilihan raya, mesra rakyat, fokus mengurangkan kos sara hidup, benar-benar berusaha meningkatkan gaji minimum, memberi nafas baru kepada sistem pendidikan.

“Apatah lagi ramai bekas pembangkang, yang kini menganggotai kabinet dan menjadi ahli parlimen, menggadaikan segalanya untuk bercakap benar kepada mereka yang berkuasa.

“Tetapi menjelang Hari Merdeka, saya sedar betapa naifnya pemikiran ini.

“Hari ini kita bukan juara rakyat tetapi rakyat semakin marah dan rasa dikhianati.

“Jika PRU diadakan sekarang, kemungkinan kita akan kalah,” ujarnya. – 31 Ogos 2019

4 COMMENTS

  1. PAS. N UMNO MMG sangat suka ksalau PH bermasalah. Krn mrk sangat marah n emosi sekali apabila mrk kalah dlm pru yg lepas.Kita nampak mcm2 hal mrk cipta dgn harapan mrk dpt memerintah kembali.Tapi saya fikir bodoh lah TM kalau dia beri kuasa mudah kpd musuh politik itu. PM wajib mesti berikhtiar supaya mrk tk mungkin ambil kuasa balik . slps mrk kalah.

  2. Saya lebih rela Mahathir jadi PM daripada DS Anuar yg lebih jelas ikut telunjuk DAp.Saya lebih rela UMNO- PAS perintah negara drp PH.Kembalikan ketuanan Melayu dan Islam drp parti tak sedar diri Dap.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.