BEKAS Perdana Menteri menyelar beberapa menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai menteri ‘cap ayam’.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan menteri keluaran kerajaan PH adalah tidak berkualiti.

“Saya nak tanya menteri-menteri itu boleh kita harap ke tidak?

“Ada menteri masuk-masuk suruh tukar kasut putih kepada kasut hitam.

“Kalau saya kasut putih lagi baik sebab kita mengajar budak-budak jaga kebersihan.

“Ada menteri yang pergi International Conference di Shangri LA Singapore, cakap bahasa Inggeris, saya fikir budak-budak sekolah kebangsaan di Pasir Salak cakap bahasa Inggeris lebih baik.

“Gajah sama gajah bergaduh, rumput yang jadi mangsa,” ujarnya. -31 Ogos 2019

4 COMMENTS

  1. Cukup-cukuplah mengumpul dosa. Lebih baik mengumpul amalan pahala sebagai bekalan di akhirat. Perjuangan dunia tetap berakhir tetapi perjuangan akhirat kekal selamanya.
    Allah berikan kejatuhan darjat Najib untuk kesedaran. Sebagai tanda Allah sayang dan berikan peluang pada Najib untuk bertaubat. Tetapi kalau masih angkuh dan membuat fitnah berkongsi dengan orang ramai bermakna hatinya sudah semakin hitam.
    Usia pun dah kearah menempah van jenazah. Jadi usahlah memikirkan untuk memiliki Jaguar lagi. Insaflah dan berikan peluang kepada orang lain menerajui negara. Berikan pertolongan membangunkan negara boleh dapat pahala daripada memfitnah dan mengadu domba.
    Insaflah dan pandanglah negara ALAM BARZAKH.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.