MENTERI Kereta Api Pakistan, Sheikh Rasheed Ahmed meramalkan bakal berlaku ‘perang terakhir’ dengan India.

Menurut Rasheed, perang itu dijangka akan berlaku pada bulan Oktober atau November bertujuan untuk memberi kebebasan kepada Kashmir.

“Sekiranya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mahu menyelesaikan isu Kashmir, maka ia seharusnya mengadakan pungutan suara umum di Kashmir.

“Nasib Kashmir kini akan ditentukan golongan muda,

“Kita harus bersatu dengan penduduk Kashmir,” katanya.

Dalam pada itu, Rasheed turut menuduh Perdana Menteri India, Narendra Modi telah menimbulkan kekacauan di wilayah bergolak itu serta telah mengheret Kashmir ke ambang kemusnahan.

“Pakistan adalah satu-satunya halangan buat Modi.

“Mengapa dunia Islam selebihnya hanya membisu berhubung isu Kashmir?

“Mereka yang masih berfikir terdapat kemungkinan dialog dengan India adalah bodoh.

“Modi harus memberitahu dunia sama ada langkah beliau pada 5 Ogos lalu adalah untuk menghapuskan status khas Kashmir adalah langkah bilateral atau unilateral,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Menteri Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi sebelum ini bertindak menuduh Modi cuba membuat kacau dan mengganggu-gugat semangat bilateralisme antara kedua-dua negara jiran terbabit. – 31 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.