SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa isu rampasan kuasa kerajaan Perak tahun 2008 mungkin boleh berulang.

Beliau berkata, PAS tidak menolak sekiranya kerjasama yang terjalin antara UMNO dapat diuruskan dengan baik ianya boleh menjayakan hasrat itu.

“Sebagai Setiausaha Agung Pas, saya ingin menegaskan, walaupun Pas hanya ada tiga kerusi di dalam DUN Perak, kalau disusun dengan sebaiknya, Insya-Allah kami akan bersama dengan UMNO untuk mengambil alih kerajaan Perak daripada Pakatan Harapan (PH).

“Ini adalah komitmen penuh kami kerana kita tidak ada apa-apa pilihan lagi.

“Kita perlu membuat satu perubahan yang mendadak, yang tak perlu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lagi,” katanya.

Di samping itu, Takiyuddin juga dengan tegas berkata bahawa parti Islam itu akan menggerakkan semua ahlinya bagi ‘memutihkan’ bandaraya Kuala Lumpur walaupun terpaksa ‘merangkak’ bagi menghadiri peristiwa bersejarah percantuman di antara Pas dengan UMNO.

“Tak sampai dua minggu lagi, kita akan merakamkan satu lagi sejarah umat Melayu dan umat Islam dalam negara kita ini.

“Kita akan menandatangani satu piagam percantuman di antara dua parti politik Melayu yang terbesar.

“Saya dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa merancang untuk membanjiri bandaraya Kuala Lumpur pada 13 dan 14 September 2019, kita putihkan bandaraya demi penyatuan ummah Melayu dan Islam ini Insya-Allah.

“Kalau yang boleh naik kapal terbang atau ETS atau bas, atau kereta atau motosikal.

“Kalau tidak ada, Insya-Allah (kalau) perlu merangkak kita akan menghadiri peristiwa amat bersejarah ini,” ujarnya. – 31 Ogos 2019

9 COMMENTS

  1. Dalam sejarah perhimpunan terbesar adalah pada thn 98.
    Ketika itupun kerajaan umno xtumbang.
    Perhimpunan ini adalah perhimpunan rakyat.
    Semenjak pas “bersedudukan” dgn umno, perangai pemimpin pas dah tak ubah dgn umno.
    Nak buat perhimpunan, kena sebut bas, malah pas nampak lebih mewah lagi.. minta penyokong naik pesawat.
    Sekejap pas kata perjuangan bukan nak kuasa.
    Sekejap pula nak ambil alih kerajaan sah secara tak demokratik.
    Inikah standart setiausaha agung parti islam?
    Ataukah kerana dah malu sbb terbuka tembelang “cakap xserupa bikin”
    Sekejap boikot produk bukan islam.
    Dalam masa yg sama harakah lidah resmi pas dicetak pada syarikat bukan islam.
    Ehhhh terbuka pula.
    Hutang pada syarikat lama, rupa2nya tak bayar lagi……
    Nak hantar lawyer buat apa??
    Ini boleh dibahas & ditanyakan.
    Terutama blok nthqibord ini.
    Blok adudomba.

    • Arif muluk
      Aku rasa statement setiausaha Agung PAS tuh mencerminkan citarasa rakyat terkini dan bukannya atas dasar selera pucuk pimpinan parti. Aku bukan ahli PAS mahupun UMNO tapi aku harap aku x salah baca

    • Nak tanya hang nie,,, kalau hang sakit hati tgk islam dan melayu bersatu,, aku istiharkan hang nie kafir harbi ,, tapi sia sia istihar cantu sebab hang mmg barua,,, barua totok ,, skrg aku nak tanya kat hang barua,, apa janji pilihanraya dah ditunaikan,,,, hang buta atau hang pekak,, najis

  2. Semoga penyatuan ummah dpt direalisasikan secepat mungkin demi penyatuan bangsa melayu dan islam. Telah tiba masa nya bangsa melayu dan islam bersatu utk menghadapi ancaman puak2 yg anti melayu dan islam. Ini negara kita melayu dan islam agama kita yg perlu di pertahankan. Islam kah sesorang itu jika beliau sendiri menentang penyatuan ummah ini. Ketepikan dan lupakan perbezaan politik demi penyatuan ummah demi Islam agama yg benar ini. Kita kena lihat apa akan jadi dgn bangsa melayu dan islam kalau bukan org melayu Islam sendiri yg menjaganya. Jgn di harap yg bukan Islam utk menjaga Islam sbb org kafir memang anti Islam sejak dari zaman para nabi lagi. Ayuh bangsa melayu dan islam gerakkan langkah mu demi bangsa melayu yg berdaulat dan agama Islam yg suci ini.

  3. Kalo majoriti mudah dah cukup..teruskan la SUA…ini namanya demokrasi…yg x cukup majoriti kena berundur…ini dah jadi hukum hakam demokrasi. X malu ka kalu majoriti x cukup tp nk trus merentah…jadi pak pandiq la..ianya dah…asal jgn rasuah adun sudah…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.