PERDANA Menteri, mendesak pihak yang menggerakkan kempen boikot barangan bukan bumiputera agar menghentikan tindakan itu.

Mengulas lanjut kempen yang viral di media sosial berkenaan gesaaan orang Melayu untuk memboikot, Tun DR. Mahathir Mohamad berkata, tindakan yang diambil oleh pihak itu seperti tidak berkesan.

Jelas beliau, tindakan itu akan seolah memprovokasi dan hanya mencetuskan kemarahan orang lain.

“Mungkin ada orang yang cetek fikiran yang buat benda macam ini.

“Tetapi ia tak berkesan.

“Boikot itu senjata yang tak berkesan, tak guna buat perkara itu.

“Tindakan boikot cuma timbul kemarahan, jadi jangan boikot barang sesiapa pun, bumiputera atau bukan bumiputera,” katanya. – 31 Ogos 2019

5 COMMENTS

  1. Jom boikot barangan bkn keluaran atau edaran muslim. Kita beli barangan dari mereka yg membayar zakat.

  2. Belilah barangan keperluan buatan tangan bumiputera Islam ataupun saudara baru,,kerana sekurang kurangnya mereka membayar zakat pendapatan bagi yang cukup tempoh tambahan pula barangan makanan,kerana ianya menempa hati kita..

    • Petron tak ada logo halal. Kita baikot ada logo halal tapi barang tak halal. Sebagai contoh ayam. Yang meragukan penyembelihan nya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.