BICARA Anak Muda Berorientasi (AMBO) cuba untuk tidak melontarkan fitnah dan sangkaan tidak berasas sehinggalah mengumpulkan beberapa bukti jelas dan cukup kepastian dalam setiap isu untuk perkongsian yang baik kepada pembaca.

Apakah kita perasan atau sedar bahawa Sambutan Hari Kemerdekaan Negara tidak disambut hebat oleh Kerajaan DAP tahun ini.Dalilnya ialah sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini diletakkan tanggungjawabnya kepada negeri-negeri dan bukan peringkat kebangsaan.

Ia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana bukan berstatus negeri.Kita jangan terkeliru kerana sambutan peringkat negeri boleh sahaja menjemput mana-mana pemimpin dan Sultan mengikut negeri dan yang pasti Raja atau Sultan untuk Wilayah Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong dan ianya amat sukar untuk kita besakan tetapi pekeliling dan arahan sudah jelas.

AMBO melihat beberapa video yang tular yang menjadi kebanggaan pencacai dan Pengkhianat Bangsa Melayu yang tidak sedarkan diri mereka sedang diperintah oleh Bangsa DAP iaitu video menteri-menteri kabinet menyanyikan lagu ‘setia’ beramai-ramai dan YDP Agong juga turut mencemar duli untuk sama berada dalam menyanyikan lagu patriotik tersebut.

YDP Agong menyanyikan lagu ‘setia’ itu bukan menjadi isu kerana YDP Agong dijemput untuk bersama dalam rakaman tersebut yang mana kita turut merasa bangga tetapi kenapa lagu ‘setia’ ini dinyanyikan tatkala negara menyambut kemerdekaan?

Rupanya lagu tersebut dirakam untuk sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2019 tahun ini dan kerajaan DAP jelas hari ini lebih mengiktiraf Hari Malaysia dan bukannya Hari Kemerdekaan Negara.

Dengan kata lain bermula 1 September program kearah sambutan Hari Malaysia bermula dan ianya mengelirukan kita semua kerana hanya selang sehari dari Sambutan 31 Ogos yang kita selalu ketahui.

Video kedua yang viral ialah nyanyian lagu ‘Sejahtera Malaysia’ dari rakyat Malaysia yang tinggal di negara-negara luar.Apa yang menghairankan AMBO ialah “Wajah Malaysia” yang sebenar langsung tidak tergambar sepanjang lagu itu dimainkan.Kenapa kebanyakannya kaum minoriti 20% dinegara ini menjadi wajah dan seolah identiti Malaysia dari kalangan Cina?

Majoriti rakyat Malaysia lebih 62% lenyap dalam ‘Wajah Malaysia’ yang cuba digambarkan.Apakah Bangsa Melayu tidak berada di luar negara dan hanya kaum cina sahaja yang belajar atau bekerja di luar negara? Walhal kita tahu Bangsa Melayu boleh ditemui dimana-mana tempat di serata dunia.

Lagi mengejutkan AMBO sehingga wakil rakyat Malaysia dari Doha,Qatar, Dubai dan bandar-bandar besar Kesatuan Tanah Arab juga berwajahkan minoriti kaum cina.Apakah signal dan pesanan yang mahu Kerajaan DAP-PH ini mahu ketengahkan dan bagi tahu seluruh rakyat?

Jelaslah hari ini bahawa Sejarah Kemerdekaan Negara cuba dilenyapkan oleh Bangsa DAP kerana Sejarah jelas menyatakan sepanjang proses menuju kemerdekaan itu ada nama “UMNO” di dalamnya yang tidak mampu diubah kerana ianya sejarah yang tidak boleh dipadamkan.

Untuk memastikan rakyat terutama generasi muda tidak mengetahui sumbangan dan jasa sebuah parti bernama UMNO kepada kemerdekaan,keamanan dan kejayaan Malaysia hari ini semuanya berkait dengan UMNO dan Melayu.

Ini merupakan cubaan jahat dan halus Kerajaan DAP-PH untuk melenyapkan satu sejarah yang tidak mampu diubah.

Sambutan Hari Malaysia 16 September merupakan sambutan yang diwujudkan oleh PH sebelum menang PRU 14 lagi untuk mencipta sejarah baru dan mereka tidak pernah mengiktiraf Hari Kemerdekaan Negara.

Hari ini lebih jelas mereka lebih mengutamakan Hari Malaysia dari Hari Kemerdekaan.Tiada kempen kibaran bendera sebelum merdeka tetapi 16 hari sebelum 16 September mereka melancarkan nyanyian patriotik dan kibarkan bendera dengan nyanyian lagu “Setia” dan “Sejahtera Malaysia”

Tahniah rakyat Bangsa Melayu yang memilih Kerajaan DAP-PH sebelum ini sehingga tertubuhnya kerajaan ini dan Tahniah juga kepada Bangsat Melayu yang sehingga hari ini tetap bangga dengan Kerajaan DAP ini tanpa sedar bahawa bangsa sendiri sedang dihalau keluar dari Malaysia secara perlahan-lahan. – 1 September 2019

WWAN KHAIRUL IHSAN,
Penganalisis Politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

2 COMMENTS

  1. Apa yg diperkatakan mmg bnr kalau kita amati dn fahami dgn minda yg jernih, mmg nampak sgt negara tanah melayu sdg diubah dari segala sudut, semoga allah buka mata hati mrk2 yg tlh mengkhianati bngsa dn agamanya sendiri supaya sdr bahawa mrk sekarang sdg bsm mrk untuk menghancurkan bangsa dn agama mu. ..Kamu dijadikan alat,pada hal dlm hati mrk kamu ttp melayu yg beragama islam yg tiada aa2 dimata mrk…jgnlah jd seperti pak malau menang sorak tp xsdr bahawa kampongnya tlh tergadai. …buka mata buka hati lihatlah apa yg sdg mrk buat kpd bangsa mu agama mu dn negara kamu. ..Ingat ini tanah melayu, mrk tinggal dibumi melayu dgn BERSYARAT.. Tp mrk lupa..eloklah buka perlembagaan negara dn bg puak mrk baca dn fahami syarat2 tersebut,mrk lupa bahawa mrk masih lg tertakluk dgn syarat dlm perlembagaan negara. .Sepatutnya mrk MALU pd dunia.. .krn kebaikan umat melayu mrk balas dgn najis.. .tunggu masanya akan tiba jg…pendatang ttp pendatang.sejarah tdk mampu dipadam dgn air liur.. .

  2. Kenapa harus di bobrokkn kpd bngsa chines M’sia kini,umno Mlayu baik sgt ko?problemnya,bgaimana persepsi mlayu umno terhdp dap chine?selain mengatakn kominis,perkataan trsebut sudah lapok,bilamana pm prtma M’sia,Pm ke-2,&penjajah telah menyalahgunakn kuasa dgn memberikn ic,kerakyatan &keistimewaan sepenuhnya kpd bngsa chine,india,dll kpd warga berkenaan,jika umno mahu,hal tersebut kembali kpd asal boleh,iaitu batalkn ic,kerkyatan mereka terlebih dhulu,&tarik balik segala hak keistimewaan yg telah umno kasi kpd komunis chine tersebut,,@berbincang dgn berhemah ibarat tarik rambut ddlm tepung klu mahu buat gitu,klu tak usah tuding jari kpd mana2 pihak….demi keselmatan awam….

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.