PH tidak bela nasib sekolah tahfiz yang semakin terhakis

1

BEKAS Perdana Menteri sebak apabila mengenangkan hasrat mewujudkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara tidak kesampaian.

Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa kecewanya setelah menerima khabar Nadaripada ibu bapa serta mudir (guru besar) sekolah tahfiz bahawa sekolah tersebut bakal menutup operasi sekiranya tidak lagi menerima bantuan.

“Saya telah gambarkan nak lahirkan seramai 125 hufaz profesional suatu hari nanti.

“Mereka ini anak-anak kita yang ada kebolehan luar biasa tetapi hasrat tersebut tidak kesampaian.

“Saya juga rasa macam nak menangis melihat ibu bapa dan mudir datang beritahu mereka mungkin terpaksa tutup sekolah tahfiz ini sebab tidak ada kemampuan lagi,” katanya.

Najib yang juga selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) berasa terkilan sekiranya ramai anak-anak yang belajar dalam tahfiz terpaksa berhenti pengajian kerana tiada bantuan.

Sebelum ini Najib pernah menggambarkan sekiranya UMNO hilang kuasa pemerintahan makanya orang Melayu akan hilang keistimewaan dan dijajah di bumi sendiri.

“Orang Melayu akan melarat di bumi sendiri dan hari ini sudah ada tanda-tandanya.

“Islam tertekan, institusi lumpuh satu demi satu dan ini yang saya khuatir.

“Inilah sebab keperluan penyatuan ummah sebagai satu jalan keluar untuk selamatkan umat Islam dan orang Melayu,” ujarnya. – 1 September 2019

1 COMMENT

  1. Saya tak tahulah sama tok jib atau NTHQIbord yg kuat “main batu api” @ menjadi provokator murahan.
    Saya ada 3 org anak dlm institusi tahfiz, 1 daripada nya telah khatam 30 juzuk & masa ini sedang menduduki peperiksaan stam di perak.
    Masa umno memegang tampuk kekuasan di Perak…. Nak minta bantuan kerajaan perak (mb umno ketika itu) memang lah tak ada peruntukan (sbb anak lahir di Perak).
    Buat masa ini, institusi tahfiz xde masalah utk menjalankan aktivitinya, cuma mgkin kerana pertumbuhannya bagaikan cendawan tumbuh, jadi terpaksa bersaing utk mendapatkan peruntukan pembangunan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.