PENGANALISIS pro-Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Hussin memberi pandangan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menggantikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sudah jelas menunjukkan bahawa kekosongan kerusi ada sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatannya.

“Kata-kata Wan Azizah itu secara tidak langsung memperjelaskan lagi hakikat bahawa tempat yang selayaknya untuk Anwar ialah Perdana Menteri, bukannya menteri.

“Maksud Tun Mahathir pun apabila beliau mengatakan tiada kekosongan jawatan menteri untuk Anwar adalah kerana beliau memang telah memperuntukkan kerusi Perdana Menteri untuk penggantinya itu,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Jelas Shahbudin, kenyataan tersebut adalah mengenai kedudukan Anwar bukan hanya bergantung pada janji yang telah dibuat dalam Pakatan Harapan (PH) tetapi berpendapat tiada yang lebih layak untuk menggantikan PM selain Anwar.

“Umpama kata, kalau sudah diperuntukkan kerusi CEO buatnya, buat apa Anwar mahu jadi pengurus besar buat sementara.

“Lebih baik beliau menunggu janji yang sudah dipersetujui itu ditunaikan kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu, Shahbudin turut mengulas kenyataan Tun Mahathir yang telah menyatakan sendiri bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri seperti yang telah dijanjikan kepada Anwar.

“Beliau terikat dengan janji itu dan akan tetap menunaikannya seperti yang telah dipersetujui.

“Beliau juga mengulangi tidak akan berkhidmat sehingga PRU15 yang dijangka akan diadakan pada tahun 2023 akan datang.

“Makna kata, sama ada menjelang dua tahun atau melewati sedikit daripada tempoh itu, Tun Mahathir tetap akan melepaskan jawatannya serta akur dengan kedudukan Anwar sebagai penggantinya.

“Tiada pilihan, itulah yang sebaik-baiknya untuk Tun Mahathir, PH dan kepimpinan Anwar sebagai nafas baru dipercayai mampu mengemudi parti untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU15 seterusnya,” ujarnya. – 1 September 2019.

9 COMMENTS

  1. Sya mau tnya shahbudin, klau kmu kna penampar dn maki hamun d tgh2 org ramai, saudara mara kmu, kmu berdendam x dgn org yg tampar dn hina kmu. Fikir fikir la.

  2. Adakah mendapat pengampunan Agong bermakna Hakim terkilaf membuat keputusan.??
    Dan keputusan Hakim itu dikira terbatal…??
    Dan bererti seseorang itu sebenarnya tidak bersalah..??
    Jika benar begitu, Mengapa seseorang itu tidak melakukan saman malu, atau menuntut ganti rugi
    dan membiarkan diri di aibkan orang..??
    Mentelaah lagi Orang Besar dan Ternama.
    Begitu penyabar kah Orang itu…??
    Sehingga rela diaibkan ke satu dunia.

  3. Itu kata kamu,sbb kamu pun sama jenis dgn anwar bin ibrahim,memalukan,alangkah rendahnya nilai negara islam seperti Malaysia yg perdana menteri seorang homosek bekas banduan,sudah tiada lg kah manusia dimalaysia ini yg layak sebagai PM selain dia?

  4. Ya!benar sekali kata Shabudin,&dto’dr.Wan Azizah,bhwa jawatan yg telah di janjikan utk Anuar ibrahim & yg paling layak utknya adalah PM ke-8,belau di ramalkn akan dpt melonjakkn ekonomi warga M’sia ke arah kegemilangan,kecemerlagn M’sia di mata dunia,kebnyakkn dunia(timor tengah&barat)merespek belau sebgai bapa reformasi M’sia dri segenap sudut,moga2cita2&hasrat belau di kabulkn Ilahi,&di berkatinya,..والسلام…

  5. Seperkra lagi belau lah antra pemimpin yg telah bnyak berkorban utk warga M’sia,&negara ini,pemimpin presiden pas hnya bijak berpidatu,lantang namun kakinya belum pernah di himbau ke dlm jerjak besi di sg buluh @di mana2,dlm pd itu x punya gaya kepimpinann yg di kenali di seantario dunia,sehingga Ulama’ dunia prof Yusif Qordhowi mengiktirof belau adalah bapa reformasi dunia,M’sia…

  6. Kami penuh yakin DSAI dikatakan Peliwat n Homosex hanyalah semata mata berdasarkan tuduhan n persepsi sahaja. Tuduhan ini nk mencemarkan n menjatuhkan nama baik Anwar saja dgn harapan supaya rakyat kebanyakan tk suka kpd Anwar. Dgn demikian Anwar tk dipilih PM. Ini lah perancangan politik jahat oleh seorg yg berhati komunis yg kosong iman n Agama. Anwar adalah sebenarnyanya tidak Peliwat n tidak Homosex. Usahlah perbesar2 kan perkara tk pasti benar. Buruk prangka adalah lebih besar dosanya dpd Pembunuh.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.